Utusan Borneo (Sabah)

Makanan tradisi perlu diwariskan

-

MEWARISKAN kemahiran memasak makanan tradisi kepada anak-anak muda bukanlah perkara enteng.

Ia diakui sendiri suri rumah, Jasia Kasimin, 49, yang pakar dan menjadi rujukan terutama berkaitan resepi atau menu tradisi oleh rakanrakan di kampungnya, Kundasang.

Jasia mewarisi kepakaran memasak daripada ibunya sejak berusia lapan tahun dan menu pertama dimasaknya ialah linopod iaitu nasi yang dilecek dan dibungkus dengan daun.

“Saya belajar memasak sejak berumur lapan tahun atas minat sendiri. Setiap hari, saya membantu ibu sibuk menyediaka­n makanan untuk keluarga di dapur.

“Jadi, lama-kelamaan timbul minat untuk memasak dan masakan yang pertama yang saya pelajari ialah memasak nasi. Setelah itu, saya belajar pula membuat linopot dan ia berhasil.

“Bermula dari situ, saya belajar lagi beberapa menu yang biasa dimasak di rumah dan resepi yang dihidang pada majlis atau keramaian di kampung.

“Kemahiran ini saya perturunka­n kepada anakanak saya sejak mereka kecil lagi dan alhamdulil­lah kini mereka sudah boleh memasak masakan tradisi kami.

“Mengenai usaha mewariskan menu ini kepada golongan muda terutama yang tinggal di bandar, saya berpendapa­t ia bukan mudah kerana mereka lebih gemar makanan segera dan bahanbahan­nya mudah didapati di pasar raya.

“Paling jelas, pada majlis keramaian di mana golongan muda yang hidup di bandar apabila datang ke kampung, mereka tidak meminati masakan tradisi dan ada juga yang langsung tidak mengetahui nama menu yang dihidangka­n,” ceritanya.

Sementara itu, rakan karibnya, Anne Gindalu, 41, turut berkongsi kebimbanga­n yang sama. Justeru, dia yang mempunyai enam anak dan dua cucu sentiasa memberi galakan kepada keluarga dan sanak-saudaranya agar tidak melupakan menu tradisi

warisan nenek moyang mereka.

Dia yang pernah muncul dalam salah sebuah program memasak di TV1 baru-baru ini, akur kemahiran tersebut diperoleh daripada keluarga serta rakan-rakan.

Anne bersama Jasia serta dua lagi teman karib, Haslindah Rasni, 42, dan Kulina Joumi, 40, ditemui pada Program Negaraku @Komuniti di Kampung Lohan Ranau, pada Ahad.

Program tersebut dirasmikan Pemimpin Pemaju Masyarakat Paginatan, Georgina George mewakili Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat.

Turut hadir, wakil Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Ahmad Fauzi Lamsin; Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Lohan, Lasiman Kumbas dan mantan Mayor DBKK, Datuk Abidin Madingkir.

Empat sahabat itu juga merupakan Ahli

Jawatankua­sa K1M Kundasang yang dipimpin oleh Suatin Mayor, 58, dan mereka aktif menjalanka­n perkhidmat­an penyajian makanan untuk majlismajl­is tertentu yang ditunjangi menu tradisi etnik Dusun.

Antara sajian yang dipamerkan pada program berkenaan adalah komis wagas (tapai beras merah), komis mudok (tapai ubi

kayu), mundok (ubi kayu rebus), kasou (ubi manis), tumpuk gipun (pucuk rumput), sup tutan (sup rumput), linopot atau nasi belugu, tuntul dukaruk (siput sedut masak lemak), ikan talapia parasakan (pekasam), suki (air tapai manis daripada ubi kayu) dan tuhau.

Paling signifikan, bahanbahan yang digunakan semuanya asli dari kampung, tanpa perasa tambahan, tanpa pengawet dan tidak berbahaya kepada kesihatan.

Semua menu yang disediakan dipersemba­hkan di dalam buluh dan ia kelihatan sangat menarik dan sempurna.

Namun, sejauh manakah ia akan bertahan dan apakah peranan kita untuk memastikan makanan tradisi tidak hilang ditelan zaman, tepuk dada tanya selera.

 ??  ?? GEORGINA (dua kiri) dan Abidin (tiga kanan) mencuba menu tradisi yang disajikan oleh K1M Kundasang.
GEORGINA (dua kiri) dan Abidin (tiga kanan) mencuba menu tradisi yang disajikan oleh K1M Kundasang.
 ??  ?? EMPAT sahabat, dari kiri; Jasia, Kulinah, Haslindah dan Anne yang mengekalka­n menu tradisi dalam perniagaan penyajian makanan di Kundasang.
EMPAT sahabat, dari kiri; Jasia, Kulinah, Haslindah dan Anne yang mengekalka­n menu tradisi dalam perniagaan penyajian makanan di Kundasang.
 ??  ?? MENU tradisi yang dipersemba­hkan dalam buluh kelihatan sangat menarik.
MENU tradisi yang dipersemba­hkan dalam buluh kelihatan sangat menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia