Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat cintai bahasa ibunda, Karnival Bahasa Kadazandus­un peringkat Daerah Beaufort 2017

Karnival Bahasa Kadazandus­un peringkat Daerah Beaufort 2017

-

KARNIVAL Bahasa Kadazandus­un peringkat Daerah Beaufort telah berlangsun­g selama dua hari bermula 26 April lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick, Membakut.

Ia dirasmikan oleh Pengerusi KDCA Membakut, Datuk Rizal @ Raymond Godfrey.

Pengerusi penganjur, Martin Dauneh @Donald yang juga Guru Besar SK St Patrick dalam ucapannya berkata program tahunan itu bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam Bahasa Kadazandus­un yang merupakan subjek elektif di sekolah rendah.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan menanamkan semangat mencintai bahasa ibunda mereka, iaitu Bahasa Kadazandus­un.

Program berkenaan membabitka­n sembilan sekolah rendah yang mengambil subjek Bahasa Kadazandus­un sebagai subjek elektif. Sekolah berkenaan ialah SK St Patrick, SK Bandau, SK Lembah Poring, SK Tamalang, SK Sinoko, SK Tiong Baru, SK Tahak, SK Batu 60, dan SK. Biah Batu 65.

Hadir sama tetamu jemputan Pegawai Meja Bahasa Kadazandus­un, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Sabah, Sitiamah Hj. Sahat.

Turut hadir Naib Presiden KDCA, Sebastian Anjim, Pensyarah Kanan Bahasa Kadazandus­un Institut Pendidikan Guru Kent, Tuaran, Lina Bagu; Ketua Unit Bahasa, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Sufizah Abdullah da Pengerusi Lembaga Sekolah, Godfrey Urih Daya.

Antara acara yang dipertandi­ngkan ialah pertanding­an membaca, pertanding­an mewarna poster, pertanding­an hiis, pertanding­an sugandoi

dan pertanding­an pakaian tradisi Kadazandus­un.

Pemenang acara pertanding­an membaca, johan Aslina Binti Mohd Ridwan Ong dari SK.Sinoko, tempat kedua Frellysia Ann Zahari SK St Patrick dan ketiga, Ghabrielle Gilot dari SK Lembah Poring.

Bagi acara pertanding­an mewarna poster, johan dimenangi Nurazshier­a Akmad dari SK Tahak, tempat kedua Alezandra Shane Edmund dari SK Bandau, dan ketiga Leonard Miguel Joslee dari SK Pekan Membakut.

Sementara pertanding­an Sugandoi, johan dimenangi Dayana Lisa Christy dari SK St Patrick, tempat kedua Brenda Tatiana Cyrill Ondoi dari SK St Patrick dan ketiga, Romhislon Roum dari SK Batu 60.

Manakala pertanding­an pakaian tradisi johan dimenangi Verla Delena Kinsiron dari SK Tamalang, kedua Hany Dewi Devora Jean Julius dari SK Lembah Poring dan ketiga, Chrystyla Shelvy Daevy dari SK Batu 60.

Bagi pertanding­an hiis, johan dimenangi kumpulan SK Sinoko, tempat kedua kumpulan SK Lembah Poring dan ketiga, kumpulan SK St Patrick.

Johan pertanding­an hiis ini akan mewakili daerah Beaufort ke pertanding­an hiis peringkat negeri di KDCA Kota Kinabalu pada bulan ini.

“Program tahunan itubertuju­anmencungk­il bakat dan minat murid dalam Bahasa Kadazandus­un yang merupakans­ubjekelekt­if di sekolah rendah.”

MARTIN DAUNEH @DONALD

Pengerusi penganjur

 ?? (Gambar atas) (Gambar kanan) ?? AJK Pelaksana Karnival Bahasa Kadazandus­un peringkat Daerah Beaufort 2017. RIZAL @Raymond Godfrey menyampaik­an hadiah dan sijil kepada johan pertanding­an Sugandoi, Dayana Lisa Christy.
(Gambar atas) (Gambar kanan) AJK Pelaksana Karnival Bahasa Kadazandus­un peringkat Daerah Beaufort 2017. RIZAL @Raymond Godfrey menyampaik­an hadiah dan sijil kepada johan pertanding­an Sugandoi, Dayana Lisa Christy.
 ??  ?? MARTIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Rizal @Raymond Godfrey.
MARTIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Rizal @Raymond Godfrey.
 ??  ?? JOHAN Sugandoi, Dayana Lisa Christy menyanyika­n lagu Ginawoku Nosinduala­n.
JOHAN Sugandoi, Dayana Lisa Christy menyanyika­n lagu Ginawoku Nosinduala­n.
 ??  ?? PESERTA-PESERTA pertanding­an pakaian tradisi yang mewakili sekolah masingmasi­ng.
PESERTA-PESERTA pertanding­an pakaian tradisi yang mewakili sekolah masingmasi­ng.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RIZAL @Raymond Godfrey memukul gong merasmikan Karnival Bahasa Kadazandus­un.
RIZAL @Raymond Godfrey memukul gong merasmikan Karnival Bahasa Kadazandus­un.
 ??  ?? KUMPULAN SK.St.Patrick bersama guru pembimbing, Jepeteh Chut Simin (tengah) yang mendapat tempat ketiga pertanding­an hiis.
KUMPULAN SK.St.Patrick bersama guru pembimbing, Jepeteh Chut Simin (tengah) yang mendapat tempat ketiga pertanding­an hiis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia