Utusan Borneo (Sabah)

Program Jelajah Mogkoromoh Athur Sen

Mengenali dan mendekati masyarakat kampung Daerah Ranau

- Oleh SALMAN ABADI

TRADISI suku kaum Dusun seperti mengupas buah pinang dan membungkus (memelumbid) daun kirai adalah antara aktiviti yang sering kali diamalkan dalam suasana santai sambil bercerita atau bersembang (mirumoh-rumoh) dengan sahabat handai atau jiran tetangga yang masih terus diamalkan oleh masyarakat kampung.

Suasana aman dan mendamaika­n itu jelas kelihatan dalam Program Jelajah Mogkoromoh oleh Ketua Pemuda Upko Nasional, Athur Sen, di Kampung Napong 2 dan Kampung Bitoon, yang masing-masing terletak 28 kilometer dan 50 kilometer dari Pekan Ranau, baru-baru ini.

Program Jelajah Mogkoromoh itu turut disertai kakitangan Jabatan Kesihatan Ranau dengan mengadakan pemeriksaa­n kesihatan secara percuma untuk mengenalpa­sti dan memberi pendidikan serta khidmat nasihat kesihatan kepada para penduduk kampung.

Antara perkara yang sering diambil tahu dan diberi fokus dalam perkhidmat­an kesihatan itu ialah mengenai pemeriksaa­n tekanan darah, paras gula dalam badan dan sebagainya.

Selain itu, pertanding­an mengupas buah pinang terutama kaum wanita dalam kalangan ibu dan membungkus daun kirai untuk kaum lelaki terutama warga bapa turut diadakan bagi memeriahka­n lagi program dan pertanding­an itu yang mendapat sambutan amat menggalakk­an.

Program Jelajah Mogkoromoh itu merupakan satu usaha murni Athur dan rakan belia dalam Pemuda Upko dan sangat bermanfaat kerana setiap kampung dalam Daerah Ranau mempunyai keistemewa­an dan keunikan tersendiri.

Dengan adanya program itu, aktiviti pelanconga­n dan kraftangan di setiap kampung yang dikunjungi berjaya dikesan, diketahui sekaligus dipromosik­an kepada umum.

Athur sering kali memuji dan menyatakan rasa bangga dengan sikap dan usaha yang tidak mengenal penat lelah dalam kalangan penduduk kampung terutama kerja perladanga­n dan pertanian seperti penanaman getah dan kelapa sawit.

“Sesungguhn­ya, usaha sedemikian adalah pemangkin kepada pembanguna­n ekonomi negara dan menjana pendapatan keluarga,” katanya.

Dalam setiap kunjungan melalui Program Jelajah Mogkoromoh, beliau turut dipelawa untuk memberikan ceramah diikuti sesi dialog berbentuk motivasi khasnya untuk para belia dan beliawanis kerana mereka adalah golongan masyarakat yang bakal mencorakka­n atau mewarisi kepimpinan dan pembanguna­n negara pada masa akan datang.

Kemajuan teknologi dan komunikasi kini banyak digunapaka­i secara meluas oleh pelbagai pihak untuk menyampaik­an informasi tentang dasar-dasar kerajaan yang sering diputarbel­it oleh pihak tertentu demi kepentinga­n sendiri.

Dalam ceramah dan sesi dialog itulah masyarakat kampung boleh bertanya secara terus dan mendapat jawapan terus yang jelas dan telus daripada Athur sendiri, selaku pemimpin muda yang penuh berkaliber.

Katanya pihak kerajaan sentiasa merancang, memikirkan, mengatur dan melaksanak­an dasar dan saranan yang baik untuk rakyat.

Beliau menegaskan bahawa usaha pihak tertentu untuk menukar kerajaan yang ada sekarang ini bukanlah cara yang bijak kerana menukar pentadbira­n hanya akan melambatka­n proses pembanguna­n dan kemajuan.

“Tukar-tukar kerajaan ini merugikan dan akibatnya segala perancanga­n pembanguna­n tidak berjalan dengan lancar mengikut perancanga­n asal,” katanya.

Mengambil contoh negeri jiran di Sarawak, katanya, sepanjang pilihan raya sejak 1989, sehingga hari ini Sarawak di bawah pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Apa yang jelas, kita boleh lihat transforma­si pembanguna­n negeri Sarawak yang begitu pesat dan teratur, terancang dan berterusan termasukla­h dari aspek kemajuan ekonomi, pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Program Jelajah Mogkoromoh Kg Napong 2 turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Napong 1, Kg Napong 2 dan Pemaju Mukim N31 Paginatan serta penyelaras program Mijan Tulin dan Herman Dusin.

Sementara program yang sama di Kampung Bitoon juga turut dihadiri Pengerusi JKKK Kg Bitoon, Kaletak.

“Tukar-tukar kerajaan ini merugikan dan akibatnya segala perancanga­n pembanguna­n tidak berjalan dengan lancar mengikut perancanga­n asal."

ATHUR SEN

Ketua Pemuda Upko Nasional

 ??  ?? WAKIL AJK Penyelaras Program menyerahka­n borang daftar ahli Usda dari Kg Napong 2 kepada Athur (tujuh dari kanan).
WAKIL AJK Penyelaras Program menyerahka­n borang daftar ahli Usda dari Kg Napong 2 kepada Athur (tujuh dari kanan).
 ??  ?? PERTANDING­AN membungkus daun kirai untuk kaum bapa mendapat sambutan menggalakk­an dan mengeratka­n perpaduan masyarakat.
PERTANDING­AN membungkus daun kirai untuk kaum bapa mendapat sambutan menggalakk­an dan mengeratka­n perpaduan masyarakat.
 ??  ?? ATHUR (dua kanan) dan Mohd Yusof (dua kiri) bersama beberapa pemimpin belia menunjukka­n isyarat ‘bagus’ terhadap program jelajah itu.
ATHUR (dua kanan) dan Mohd Yusof (dua kiri) bersama beberapa pemimpin belia menunjukka­n isyarat ‘bagus’ terhadap program jelajah itu.
 ??  ?? ATHUR (lima dari kanan) dan para belia di Kg Bitoon bersama Mohd Yusuf (kanan) Penyelaras Program Jelajah Mogkoromoh.
ATHUR (lima dari kanan) dan para belia di Kg Bitoon bersama Mohd Yusuf (kanan) Penyelaras Program Jelajah Mogkoromoh.
 ??  ?? PARA ibu menyertai pertanding­an mengupas buah pinang masak sambil diperhatik­an Athur (kiri).
PARA ibu menyertai pertanding­an mengupas buah pinang masak sambil diperhatik­an Athur (kiri).
 ??  ?? ATHUR mengisi borang pendaftara­n untuk pemeriksaa­n kesihatan.
ATHUR mengisi borang pendaftara­n untuk pemeriksaa­n kesihatan.
 ??  ?? ANTARA kakitangan Jabatan Kesihatan Ranau sentiasa ceria dan tersenyum dalam memberikan perkhidmat­an kesihatan yang terbaik untuk masyarakat.
ANTARA kakitangan Jabatan Kesihatan Ranau sentiasa ceria dan tersenyum dalam memberikan perkhidmat­an kesihatan yang terbaik untuk masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia