Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah dalam taman, SK Lok Yuk Inanam terima anugerah ‘Green Flag’ dalam IESC

Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Inanam terima anugerah ‘Green Flag’ dalam IESC

-

KE arah menjadikan sekolah di dalam taman, itulah antara konsep yang telah diterapkan di Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Inanam dalam kejayaan mereka menerima anugerah ‘Green Flag’ dalam 5th Internatio­nal Eco-School Conference (IESC) pada 17 Disember 2016 yang lalu dan mendapat pengiktira­fan bukan sahaja di peringkat Kebangsaan tetapi juga Antarabang­sa.

Sekolah ini merupakan satu-satunya Sekolah Rendah mendapat pengiktira­fan dan penganuger­ahan seperti ini sejak mula Eco-School diperkenal­kan di Malaysia.

Didalam program lima hari empay malam yang bertempat di Sepilok Rainforest Discovery Center

(RDC) itu, seramai tiga orang guru dan tiga orang murid SK Lok Yuk Inanam telah menyertai program berkenaan bersama peserta dari beberapa buah sekolah dalam negara dan luar negara bagi menjalani pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Program yang bertunjang­kan alam sekitar ini bertujuan memberi didikan dan kesedaran disamping tindakan yang dilakukan bagi memulihara dan memelihara alam sekitar di kalangan murid-murid sekolah yang terlibat. Program anjuran Malaysia

World Wildlife Fund (WWF) bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta ini merupakan anjuran kali ke-5 setelah anjuran terakhirny­a dijalankan di Shah Alam, Selangor. Penyertaan empat tahun berturut-turut SK Lok Yuk Inanam dalam program ini menjadikan sekolah ini cemerlang dan berprestas­i sehingga memperoleh­i anugerah

‘Green Flag’ pada tahun 2016 setelah mendapat pengiktira­fan ‘Bronze Medal’ pada 2013 manakala ‘Silver

Medal’ pada 2014 dan 2015. Guru Besarnya, Elizabeth Lok Fae Ling, berkata, Sekolah yang diterajuin­ya sejak tahun 2009 itu sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti alam sekitar disamping mendidik murid mengenai kepentinga­n menjaganya.

“Melalui Program Rakan Bumi (ProRaBU) yang dijalankan di sekolah ini, kerjasama dan komitmen di kalangan semua murid, guru, ibubapa dan pihak luar menjadikan sekolah ini lebih cemerlang dalam program alam sekitar ini.” Katanya yang juga menerima Anugerah Guru Besar SERASI baru baru ini anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah, Jabatan Pelindunga­n Alam Sekitar (JPAS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pusat Tindakan Alam Sekitar (EAC), Sabah Wetlands Conservati­on Society (SWCS) Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Shell Malaysia.

Kata Elizabeth, penerapan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar perlu dilaksanak­an sejak murid memasuki awal persekolah­an lagi. Baginya nilai murni berkenaan yang akan memberikan dorongan yang lebih baik terhadap murid bagi menjalani proses pengajaran dan pembelajar­an yang lebih baik dan menyeronok­kan.

Tugas bagi melestarik­an keindahan alam sekitar adalah tanggungja­wab murni setiap insan. Justeru itu, kerjasama setiap pihak amat diperlukan bagi menjayakan matlamat tersebut.

Turut bersama berkongsik­an kegembiraa­n dan penghargaa­n atas pencapaian ini adalah En. Wong Lee Choy, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah BCCM Cawangan Inanam, En Masdi Ahmad Mus dan Pn Suzannah, Penyelia Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu bersama dengan anggota PIBG Sekolah bersama-sama menyambut kepulangan mereka di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu selepas menghadiri Majlis Penyerahan Anugerah di Kolej Damansara Utama (KDU) Internatio­nal School of Selangor dan lawatan ke Fraser Hill’s Pahang selama tiga hari dua malam.

“Sekolah yang diterajuin­ya sejak tahun 2009 itu sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti alam sekitar disamping mendidik murid mengenai kepentinga­n menjaganya.”

ELIZABETH LOK FAE LING

Guru Besar

 ??  ??
 ??  ?? SAMBUTAN kepulangan Majlis Penyerahan Penganuger­ahan dan Lawatan ke Fraser Hill’s di KKIA, Kota Kinabalu bersama dengan Lembaga Pengurusan Sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
SAMBUTAN kepulangan Majlis Penyerahan Penganuger­ahan dan Lawatan ke Fraser Hill’s di KKIA, Kota Kinabalu bersama dengan Lembaga Pengurusan Sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
 ?? Green Flag Award Eco-School Programme of Malaysia. ?? MAJLIS Penyerahan Penganuger­ahan
Green Flag Award Eco-School Programme of Malaysia. MAJLIS Penyerahan Penganuger­ahan
 ??  ?? GURU Besar Elizabeth Lok Fae Ling.
GURU Besar Elizabeth Lok Fae Ling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia