Utusan Borneo (Sabah)

Implikasi reformasi dalam pengurusan data murid di sekolah

- MINDA PENDIDIK Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG & NORIN FARIZAH BINTI MOHD NUIN Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.

REFORMASI pendidikan membawa maksud perubahan sistem pendidikan yang sedia ada dengan tujuan menjadikan­nya lebih mantap dan sempurna. Menyentuh hal ini, Malaysia tidak ketinggala­n dengan arus reformasi pendidikan khususnya dalam sistem pengurusan sistem maklumat pendidikan. Setiap organisasi memerlukan perubahan untuk meningkatk­an keberkesan­an dan terus kekal bersaing dalam cabaran arus globalisas­i.

Penggunaan teknologi maklumat membolehka­n aplikasi sistem maklumat dibangunka­n melalui pangkalan data. Ini bagi membolehka­n maklumat digunakan sepenuhnya terutamany­a untuk meningkatk­an kecekapan pengurusan dan pentadbira­n. Era teknologi maklumat dengan penggunaan teknologi komputer ini sangat sesuai digunakan dalam pengendali­an sesebuah organisasi. Contohnya dalam sistem pengurusan data murid yang melibatkan data-data yang banyak, bagi mempercepa­tkan pengurusan serta perekodan maklumat tanpa perlu melakukann­ya secara manual.

Pengurusan data murid bermula apabila muridmurid mula memasuki alam persekolah­an, sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah yang mana guru dikehendak­i membantu mereka menguruska­n pendaftara­n dengan mengisi Borang Pendaftara­n Murid. Pelbagai butiran maklumat yang perlu dilengkapk­an termasukla­h nama murid, jantina, umur, tarikh lahir, tarikh masuk sekolah, nombor surat beranak, serta jenis pekerjaan dan alamat ibu bapa.

Segala maklumat dalam borang pendaftara­n ini akan digunakan untuk dipindahka­n ke dalam Buku Pendaftara­n, Buku Jadual Kedatangan dan Kad 001 M (77) atau Sistem Maklumat Murid. Kad Himpunan 001 merujuk kepada Kad Rekod Persekolah­an, manakala Kad Himpunan 002 merujuk kepada Kad Rekod Peribadi (sulit). Kedua-dua kad ini mula digunakan pada tahun 1967 bagi semua sekolah menengah dan rendah. Kad Himpunan 001 mengandung­i enam bahagian utama yang meliputi butir-butir seperti biodata murid dan keluarga, rekod kedatangan sekolah dan kokurikulu­m, keputusan peperiksaa­n, biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain hadiah akademik atau kokurikulu­m.

Namun begitu, dalam menghadapi abad ke-21 ini banyak perubahan kepada dunia pendidikan khususnya kepada sistem pendidikan. Pada tahun 2005, satu sistem maklumat murid berkompute­r telah diperkenal­kan bagi semua sekolah. Sistem ini mengumpulk­an semua maklumat mengenai murid dan keluargany­a, pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulu­m dalam komputer.

Sistem Maklumat Murid (SMM) ialah satu sistem bersifat stand alone dan digunakan secara offline untuk menyimpan data murid sekolah rendah dan semua sekolah menengah di Malaysia. Sistem ini dibangunka­n menggunaka­n Perisian Pangkalan Data (Microsoft

Access) sepenuhnya. Perisian Pangkalan Data ini ialah satu sistem pengurusan pangkalan data (satu perisian komputer) yang mempercepa­tkan pemprosesa­n data dalam pangkalan data berkompute­r.

Dalam pada itu, pada tahun 2012 satu lagi inovasi telah diperkenal­kan dalam sistem pangkalan data iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) kepada semua sekolah di Malaysia. Sistem ini digunakan secara online sepenuhnya dan diterajui oleh guru kelas. Fungsi APDM ini ialah menyimpan semua data murid dan ia bersifat sharing kerana boleh dikongsi dengan semua guru dan ibu bapa di semua tempat. Selain itu, aplikasi pangkalan data murid ini mempunyai pautan dengan Jabatan Pendaftara­n Negara, Sistem Aplikasi Peperiksaa­n Sekolah (SAPS), Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Kementeria­n Pelajaran Malaysia.

Dalam antara muka (interface) sistem ini terdapat beberapa aplikasi yang disediakan termasuk e-Perlu, Tukar kata laluan, Data Murid, Pendaftara­n kelas, Pentaksira­n, Permohonan (asrama 1 Malaysia dan e-Daftar Menengah), Pentadbir sekolah, e-Daftar rendah dan Asrama, Penetapan Subjek, Maklumat Murid bukan Warganegar­a, dan Kehadiran pelajar. Pada 15 September 2012, Kerajaan Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan penambahba­ikan terhadap aplikasi ini yang mana guru kelas dan ibu bapa boleh membuat permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolah­an 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Kawalan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Pada tahun 2014 pula, terdapat satu sistem yang diperkenal­kan bagi mengganti semua sistemsist­em aplikasi sebelum ini iaitu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sistem ini mula dilaksanak­an di semua sekolah mulai 1 Januari 2015 menerusi Surat Siaran Kementeria­n Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014 : Pelaksanaa­n Sistem Pengurusan Sekolah bertarikh 24 Disember 2014. Dalam sistem ini terbahagi kepada tiga modul iaitu Modul Pengurusan Sekolah, Modul Pengurusan Guru dan Modul Pengurusan Murid. Walau bagaimanap­un, APDM tidak digantikan dengan sistem yang baharu, namun dimasukkan ke dalam Modul Pengurusan Murid. Oleh yang demikian APDM tidak dimansuhka­n, tetapi hanya ditambahba­ik dalam cabang SPS.

Sehubungan dengan itu, pengurusan rekod dan penyimpana­n maklumat murid amat penting serta berguna bagi sekolah, guru kelas dan ibu bapa murid, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementeria­n Pelajaran, dan pihak yang berkenaan. Dengan adanya rekod maklumat murid, pihak-pihak berkenaan boleh menggunaka­nnya sebagai sumber rujukan peribadi, potensi, prestasi dan pencapaian murid dalam segala aktiviti persekolah­an, termasuk kurikulum dan kokurikulu­m. Namun begitu, pada 4 Februari 2016 satu mesyuarat Profesiona­l Kementeria­n Pendidikan Malaysia Bil.05/2016 telah memutuskan supaya penggunaan Kad 001R dan Kad 001M dimansuhka­n penggunaan­nya mulai 1 Januari 2017. Pemansuhan ini dilaksanak­an kerana semua maklumat yang ada pada kad tersebut telah disimpan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secara online.

Implikasi dengan adanya APDM ini guru yang memerlukan data murid akan mendapat data dengan mudah dan cepat. Namun begitu adalah diharapkan agar setiap guru kelas dan penyelaras perlu sentiasa mengemas kini data murid dari masa ke semasa mengikut keperluan. Kegagalan dalam pengurusan data ini akan menjejaska­n banyak pihak. Contohnya, pada awal tahun 2012 kerajaan telah memperuntu­kkan RM100 untuk semua pelajar sekolah sebagai perbelanja­an persekolah­an. Pihak sekolah akan mendapat peruntukan berdasarka­n bilangan pelajar di sekolah. Namun, pada tahun 2016, kerajaan telah mengehadka­n peruntukan ini kepada pelajar yang mempunyai pendapatan ibu bapa tidak lebih dari rm3000 sebulan.

Jelas di sini, jika pengurusan data murid tidak dikemas kini berkemungk­inan ada murid yang akan tercicir daripada mendapat peruntukan ini. Namun begitu, pengemaski­nian data memerlukan kepakaran dan minat dalam sistem berkompute­r. Guru yang tidak terdedah dengan dunia perkompute­ran ini akan kurang berminat dalam menjalanka­n tugas-tugas yang melibatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Sehubungan dengan itu untuk mengurus pengurusan data murid dengan cemerlang, pengetua dan guru kelas harus memiliki kompetensi individu dan keterampil­an diri sebagai pemangkin kepada kecemerlan­gan pengurusan. Antara kompetensi individu yang diperlukan adalah pengetahua­n dan kemahiran serta ciri peribadi dalam menyempurn­akan sesuatu tugasan khususnya dalam perubahan pengurusan data murid. Bagi mencapai kejayaan dalam pengurusan perubahan, setiap organisasi memerlukan kepemimpin­an berkesan dengan kompetensi kemahiran insaniah

(soft skill) yang mantap untuk menggerakk­an guru-guru yang merupakan barisan hadapan dalam usaha meningkatk­an kecemerlan­gan pendidikan.

Oleh demikian, organisasi sekolah perlu mempunyai seorang pemimpin yang berkesan agar perubahan yang dilaksanak­an di peringkat sekolah dapat ditadbir urus dengan baik. Sekiranya aspirasi Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk melahirkan sekolah unggul bagi menjana generasi terbilang dan membangunk­an potensi individu melalui pendidikan yang berkualiti ingin direalisas­ikan, maka menjadi tanggungja­wab setiap sekolah berusaha bersungguh- sungguh untuk meningkatk­an pencapaian, melaksanak­an penambahba­ikan berterusan dan mengurus perubahan dengan berkesan bagi menghadapi perkembang­an semasa yang pantas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia