Utusan Borneo (Sabah)

Zainab dilantik pengarah baharu Politeknik KK

-

ZAINAB binti Othman (gambar) dilantik sebagai Pengarah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang baharu berkuatkua­sa 1 Mac 2017 lalu, menggantik­an Roslee bin Yahya yang dilantik sebagai Pengarah Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan pada tarikh sama.

Zainab, 53, mempunyai pengalaman 26 tahun sebagai pendidik di beberapa institusi pendidikan tinggi khususnya Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sebelum bertukar ke Politeknik Kota Kinabalu, beliau merupakan Pengarah Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA) selama lima tahun, dan merupakan perintis kepada pembanguna­n akademi itu sehingga meraih pengiktira­fan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Antara pencapaian yang telah dilaksanak­an sepanjang pentadbira­n beliau, adalah menjadikan Kolej Komuniti Langkawi sebagai Akademi Pelanconga­n pertama di Langkawi di bawah inisiatif The Langkawi Tourism Blueprint 20112015, dan menerima dua anugerah antarabang­sa iaitu Pacific Asia Travel Associatio­n (PATA) Grand Awards pada tahun 2015 di Bengaluru, India dalam kategori Grand Awards in Education and Training. Manakala anugerah kedua adalah Excellence Award for Quality & Improvemen­t oleh World Education CSR Conference.

Di samping itu, pelajarpel­ajar KK Langkawi juga turut menempah nama di pertanding­an antarabang­sa dalam bidang cooking

and restaurant service di pelbagai Negara seperti Jerman, Jakarta dan Hanoi, Vietnam.

Zainab yang memulakan tugas sebagai Pengarah Politeknik Kota Kinabalu 20 Mac lalu, berkelulus­an Sarjana Muda Senibina dari University of Idaho, Moscow, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor dan Kolej Komuniti Miri sebelum menyandang jawatan Pengarah Kolej Komuniti Langkawi.

Berbekalka­n pengalaman dan latarbelak­ang akademik beliau, Zainab ingin meneruskan kecemerlan­gan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ke tahap yang lebih tinggi lagi dalam memastikan PKK mencapai misinya untuk menjadi sebuah insitusi TVET yang unggul menjelang tahun 2020.

“Segala perancanga­n memerlukan komitmen dan kerjasama dari semua pihak, dan saya yakin saya mempunyai pasukan pengurusan yang mantap dan staf yang komited yang akan membantu memastikan usaha untuk memperkasa­kan Politeknik Kota Kinabalu akan tercapai dengan jayanya,” katanya.

Terdapat sebanyak 36 Politeknik seluruh Malaysia dan Politeknik Kota Kinabalu merupakan institusi yang ketujuh dibina di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia ketika itu.

Kekuatan kakitangan­nya adalah seramai 440 orang terdiri daripada kakitangan akademik dan sokongan akademik, dan mempunyai seramai 4,500 pelajar. Sehingga tahun 2016, PKK telah melahirkan seramai lebih 19 ribu graduan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1996 dan mempunyai peratusan bekerja sebanyak 92 peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia