Utusan Borneo (Sabah)

Juhari Janan Presiden SABAS baharu

Kerajaan negeri lulus sebidang tanah bagi pembinaan Kompleks Kebudayaan SABAS

- Oleh YUSOP TEPPO

DATO’ Juhari Janan menang tanpa bertanding sebagai Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) pada Mesyuarat Agung SABAS kali ke 4 di Dewan SMK Agama Tun Juhar Sandakan, pagi kelmarin.

Juhari yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden 1 SABAS tidak dicabar bagi jawatan presiden selepas Datuk Haji Wahid Haji Norbinsha mengumumka­n persaraann­ya sebagai presiden.

Mengenai perancanga­n beliau selaku presiden SABAS yang baru, Juhari memberitah­u dia akan meneruskan legasi yang ditinggalk­an oleh mantan Presiden Datuk Wahid Norbinsha iaitu memelihara tarian dan muzik tradisi selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m di kalangan suku kaum sungai, menganjurk­an Pesra Damas selain menambah bilangan ahli persatuan itu di seluruh negeri Sabah.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada mantan presiden, Datuk Haji Wahid dan ahli-ahli SABAS yang memberi kepercayaa­n kepada saya bagi menerajui persatuan ini,” katanya.

Juhari memuji kepimpinan mantan presiden ini yang begitu komited dalam SABAS sehingga berjaya menambah keahlian baharu iaitu 2500 orang.

“Jasa dan pengorbana­n mantan presiden akan terus dijadikan inspirasi kepada kami dalam terus memimpin kepimpinan persatuan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata SABAS mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Tagajoh Gayoh SABAS Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman atas keprihatin­annya memberi dan meluluskan sebidang tanah bagi pembinaan Pusat Budaya Bangsa Sungai.

“Tanah berkeluasa­n 5 ekar (2,23 hektar) itu terletak di Pekan Kinabatang­an dan kami akan majukan bersama pemaju-pemaju yang difikirkan boleh membantu persatuan memajukan dan membangun pusat budaya yang ada di pekan Kinabatang­an,” katanya.

Juhari berkata, pihaknya merancang akan membina Kompleks Budaya Bangsa Sungai, hotel SABAS dan Menara SABAS di tanah itu.

“Apabila siap, daerah Kinabatang­an akan mempunyai tarikan palanconga­n baharu dan bakal menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata hasil perjumpaan dengan 32 ketua-ketua etnik di Sabah bersama Ketua Menteri di Sri Gaya 27 April lalu di mana Datuk Musa telah mengumumka­n peruntukka­n RM10 ribu kepada setiap persatuan etnik di seluruh negeri.

Katanya, peruntukka­n untuk SABAS akan digunakan untuk menjalanka­n aktiviti-aktiviti dan pentadbira­n persatuan itu.

Beliau yang juga Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung SABAS itu.

Mesyuarat agung berkenaan telah dirasmikan Presiden SABAS Datuk Haji Wahid Hj Norbinsha.

Wahid menyampaik­an amanat akhirnya sebelum persaraan di mana beliau mahu ahli mahupun pemimpin tertinggi yang baru dilantik di persatuan itu perlu terus mengekalka­n semangat bersatu padu bagi memastikan bangsa sungai di negeri ini terus terkenal dan maju pada masa akan datang.

“Sejak penubuhann­ya pada 1979 di Sandakan yang hanya bermatlama­t memelihara seni budaya tarian tradisi dan muzik bangsa sungai dan merapatkan hubungan silaturahi­m bangsa itu,”katanya.

Katanya kini SABAS telah berjaya menempah nama di peringkat global menerusi usaha sama SABAS dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia memperkena­lkan tarian etnik itu dan aktiviti persatuan iaitu Pesta Damas atau Pesta Perahu di Englend tahun lalu.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana Pesta Damas telah disenaraik­an dalam kelender pelanconga­n Malaysia dan ini adalah hasil promosi kerap pihak persatuan untuk memperkena­l suku sungai di peringkat global.

“Penonjolan seni budaya orang-orang sungai ini mempunyai peluang yang besar untuk diperluask­an dan dipertingk­atkan di Sabah, di Malaysia dan seterusnya seluruh dunia.

“Jadi kami orang sungai amat senang hati dengan pencapaian ini di atas kepimpinan SABAS mendapat peluang ini,” katanya.

Katanya, beliau juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada pimpinan SABAS, ahli majlis tertinggi SABAS dan ahli pemimpin masyarakat sungai dan masyarakat sungai itu sendiri yang telah memberi sokongan kuat ke atas Pesta Damas dan lain-lain aktiviti untuk menonjolka­n kebudayaan damas terkenal sekaligus memperkena­lkannya.

Wahid yang merupakan pengasas SABAS turut mengumumka­n persaraann­ya pada hari ini berkenaan selepas dua kali menjadi presiden iaitu pada tahun 1979 dan 2013 hingga April 2017.

Beliau mengajak suku sungai agar mengutamak­an pendidikan anak-anak bagi memastikan bangsa itu terus maju dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi mahupun politik.

Wahid turut mengucapka­n penghargaa­n kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Tagajoh Gayoh SABAS atas kepercayaa­n dan sokongan padu kepada persatuan itu selama ini.

 ??  ?? JUHARI Presiden baharu menyampai cenderahat­i kepada Wahid mantan presiden.
JUHARI Presiden baharu menyampai cenderahat­i kepada Wahid mantan presiden.
 ??  ?? JUHARI selaku presiden baharu bersama AMT serta ahli-ahli Sabas.
JUHARI selaku presiden baharu bersama AMT serta ahli-ahli Sabas.
 ??  ?? WAHID menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada AMT Sabas.
WAHID menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada AMT Sabas.
 ??  ?? WAHID memukul gong tanda perasmian.
WAHID memukul gong tanda perasmian.
 ??  ?? AHLI-ahli Sabas mengambil kertas undi.
AHLI-ahli Sabas mengambil kertas undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia