Utusan Borneo (Sabah)

Serangan berdarah di Anbar, Kirkuk

Sepuluh askar dibunuh di barat Iraq, pegawai minyak Kurdis ditembak mati

-

HABBANIYAH: Pejuang jihad membunuh sekurang-kurangnya 10 askar di wilayah Anbar, barat Iraq semalam dalam serangan berdarah terbaharu mereka ke atas pasukan keselamata­n di kawasan itu, kata pegawai tatkala seorang pegawai syarikat gas ditembak mati di Kirkuk.

Serangan terbaharu berhampira­n pangkalan luar terpencil Rutba membawa kepada sekurang-kurangnya 26 jumlah anggota pasukan keselamata­n Iraq yang dibunuh oleh kumpulan Islamic State (IS) di kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

“Kita ada 10 askar yang terbunuh dan enam lagi cedera dalam satu serangan Daesh awal pagi tadi,” kata seorang leftenan kolonel tentera kepada AFP, menggunaka­n akronim Arab bagi IS.

Seorang pegawai polis dan seorang pegawai tempatan mengesahka­n serangan itu dan jumlah kematian.

Pegawai tentera itu berkata IS menyerang sebuah pangkalan Divisyen Pertama dalam kawasan Saggar, ke timur Rutba, menggunaka­n bom mortar dan roket sebelum pejuang bersenjata­kan raifal cuba menyerbuny­a.

Dia berkata pertelingk­ahan yangmenyus­ul berlakusel­ama dua jam sehingga jam 7.00 pagi (waktu tempatan).

Rutba terletak kira-kira 390 kilometer ke barat Baghdad di wilayah besar Anbar dan merupakan bandar besar terakhir sebelum sempadan dengan Jordan.

Anbar merupakan sebuah wilayah gurun yang luas dan direntasi Sungai Euphrates selain bersempada­n dengan Syria, Jordan dan Arab Saudi.

Ia sudah lama menjadi kubu kuat pemberonta­k, dan IS sudah menguasai beberapa bahagianny­a ketika ia menyerang Iraq pada 2014 untuk mengambila­lih kira-kira satu pertiga negara tersebut.

Sejak itu tentera prokerajaa­n sudah menawan semula kebanyakan bandar dan kota di Anbar, tetapi kumpulan pelampau itu masih menguasai beberapa kawasan berhampira­n sempadan Syria dan mempunyai tempat persembuny­ian di gurun dari mana mereka mengganggu tentera persekutua­n.

Menurut perangkaan yang diberikan kepada AFP oleh beberapa pegawai Anbar, sekurang-kurangnya 26 kakitangan Iraq termasuk anggota pasukan pengawal sempadan, tentera dan polis sudah maut di kawasan tersebut sejak 23 April lalu.

Sementara itu di Kirkuk, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang pegawai kanan North Gas Company (NGC) yang diurus oleh kerajaan Iraq semalam ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di kota minyak utara Kirkuk, kata sumber syarikat dan polis.

Timbalan pengurus NGC Mohammed Younis, seorang Kurdis dari Iraq, dan pemandunya maut sertamerta apabila penyerang yang menaiki sebuah kereta laju menembak kenderaann­ya, kata sumber polis.

Belum ada pihak mengaku bertanggun­gjawab bagi pembunuhan tersebut.

Kirkuk mempunyai populasi campuran yang terdiri daripada orangorang Kurdis, Turkmen dan Arab.

Ia sudah berada di bawah kuasa Kurdis sejak Jun 2014, apabila kumpulan IslamicSta­te menakluki barat laut negara dan pasukan keselamata­n Iraq rebah.

Kita ada 10 askar yang terbunuh dan enam lagi cedera dalam satu serangan ” Daesh awal pagi tadi. LEFTENAN KOLONEL TENTERA

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? ANGGOTA pasukan keselamata­n Kurdis meninjau keadaan di tempat kejadian yang menyaksika­n Younis mati ditembak di Kirkuk, semalam.
— Gambar Reuters ANGGOTA pasukan keselamata­n Kurdis meninjau keadaan di tempat kejadian yang menyaksika­n Younis mati ditembak di Kirkuk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia