Utusan Borneo (Sabah)

Tidak peduli protes, Maduro seru perlembaga­an baharu

-

CARACAS: Presiden Venezuela Nicolas Maduro menuntut perlembaga­an baharu kelmarin ketika beliau berusaha untuk mengatasi krisis yang sudah mencetuska­n tunjuk perasaan selama lebih sebulan, selain keganasan jalanan berdarah.

Pembangkan­g segera menolak idea itu kerana badan yang merangka piagam baharu bukan hasil pemilihan rakyat, sebaliknya terdiri daripada pekerja dan petani.

Pengumuman Maduro, kepada ribuan penyokong di Caracas yang meraikan Hari Buruh, dibuat ketika pasukan keselamata­n menyembur penunjuk perasaan antikeraja­an dengan gas pemedih mata dan meriam air di tempat lain di ibu negara.

Pembangkan­g membidas taktik itu sebagai kudeta dan menggesa penunjuk perasaan menutup jalanan bermula semalam.

Ia berkata ia menganjurk­an protes mega pada hari ini.

“Rakyat, keluar ke lebuh raya! Kita mesti mengingkar­i kegilaan sedemikian!” kata ketua pembangkan­g Henrique Capriles dalam Twitter.

Pemimpin Kongres yang dikuasai pembangkan­g, Julio Borges, berkata: “Apa yang dicadangka­n oleh Maduro yang terdesak adalah Venezuela tidak akan ada lagi pengundian secara langsung yang bebas dan demokratik.”

Maduro berkata, beliau menggunaka­n kuasanya untuk mewujudkan dewan pengundi yang terdiri daripada 500 ahli mewakili kelas buruh dan majlis tempatan untuk merangka semula perlembaga­an, dan mengetepik­an Kongres.

Dikri itu perlu untuk menghalang kudeta fasis yang menurutnya mengancam negara, mengulangi istilah yang menggambar­kan kerajaan Sosialisny­a sebagai mangsa konspirasi kapitalis pimpinan Amerika Syarikat.

Entiti baharu untuk merangka perlembaga­an nanti adalah badan pengundi warga negara, bukan daripada parti politik, sebuah badan pengundi rakyat, katanya, dan menambah Majlis Pilihan Raya Negara memulakan proses berkenaan semalam.

Antipati anti-Maduro ketara di jalanan kelmarin.

Anggota polis antirusuha­n bertelingk­ah dengan ratusan penunjuk perasaan, ada yang melontar batu, yang cuba menembusi perintang keselamata­n ke ibu pejabat majlis pilihan raya.

Pertelingk­ahan di antara penunjuk perasaan dan polis rusuhan mengorbank­an 28 orang pada bulan lepas, menurut pendakwa raya.

Seorang penggubal undangunda­ng cedera di kepala di Caracas, gambar yang diterbitka­n dalam talian oleh penyokongn­ya menunjukka­n. Protes sama berlaku di bandar lain di merata negara.

“Saya keluar berjuang untuk mengusir Maduro.

“Ini adalah pemerintah­an kuku besi dalam penyamaran,” kata Matilde Rodriguez, 67, dari daerah kelas buruh Petare di Caracas.

“Venezuela kini dalam unit rawatan rapi.

“Tiada makanan dan mereka sanggup membunuh demi sepasang kasut.”

Pope Francis telah menawarkan Vatikan sebagai perantara, tetapi ditolak pembangkan­g, yang menolak usaha sebelum ini untuk berdialog pada Disember lalu apabila kerajaan tidak membebaska­n tahanan politik atau menetapkan pilihan raya awal seperti yang dituntut.

Venezuela pada minggu lepas berkata ia bertindak keluar dari Pertubuhan Negara Amerika selepas ia dan badan antarabang­sa lain menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai kepatuhan negara kepada demokrasi.

Sebuah lagi blok serantau, Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean, mengadakan mesyuarat luar biasa mengenai Venezuela di El Salvador semalam.

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG aktivis pembangkan­g melontar balik kanister gas pemedih mata yang dilepaskan polis semasa menyertai demonstras­i anti-Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar AFP
SEORANG aktivis pembangkan­g melontar balik kanister gas pemedih mata yang dilepaskan polis semasa menyertai demonstras­i anti-Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia