Utusan Borneo (Sabah)

Nur Fazira & Jayfrejoe dinobat Miss & Mister Humanity Borneo pertama

-

KOTA KINABALU: Nur Fazira Muhammad Ali dan Jayfrejoe Japrin masingmasi­ng dinobat sebagai Miss Humanity Borneo dan Mister Humanity Borneo yang pertama semasa Malam Kemuncak Miss & Mister Humanity Borneo 2017 yang diadakan pada 22 April lalu.

Di samping meraih gelaran Miss Humanity Borneo, Nur Fazira juga dipilih sebagai penerima Pilihan Penonton dan Best Model Nat Cos.

Sementara itu ditempat kedua pula dimenangi oleh Lorashikin Lowrince (Miss) dan Ephraem Edward Tendahal (Mister).

Tempat ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Charlatte Suea Aan Jinus (Miss) dan Sahfiq Marcus (Mister).

Bagi gelaran sampingan pula,pemenangba­giCatwalk Terbaik diberikan kepada Noriska Mahuyam (Miss) dan Shazwan Sulaiman (Mister); Personalit­i Terbaik dimenangi oleh Hervaini Witin Tan (Miss) dan Alfred Keleman (Mister); Pilihan Penonton pula dimenangi oleh Nur Fazira dan Muhd Arfizan Arman.

Untuk gelaran Paling Anggun pula disandang oleh Madeleine Sophie Benidip (Miss) dan Jeff Benjamin @ Jeckson (Mister); Media Sosial milik Terisellah Kain serta Sahfiq Marcus; Fotogenik diberikan kepada Terisellah Kain dan Hector Derrick John.

Selain anugerah sampingan itu, turut diberi pengiktira­fan adalah Pereka Terbaik iaitu December Teo melalui gaun yang dipakai Suea Aan Jinus (Miss) dan Marcel Gatisi yang mereka pakaian Hector Derrick John.

Best Model Nat Cos bagi lelaki dimenangi oleh Shazwan Sulaiman.

Pengurus Besar merangkap Ketua Penerbit Program Ms & Mr Humanity Borneo 2017 Bonny Rayyan berkata pencarian Ikon Kemanusiaa­n ini bertujuan mempromosi dan meningkatk­an kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya generasi Y tentang pentingnya nilainilai kemanusiaa­n.

Malah program sebegini juga menjadi platform terbaik untuk belia terlibat secara langsung untuk menonjolka­n hasil kreativiti dan bakat masing-masing dalam bidang peragaan (Beauty Pageant & Modeling).

 ?? –gambar ehsan Magic Shutter ?? TETAMU kehormat Joanna Kitingan (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Miss Humanity Borneo 2017 Nur Fazira Muhammad Ali, turut kelihatan Bonny (dua kanan)
–gambar ehsan Magic Shutter TETAMU kehormat Joanna Kitingan (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Miss Humanity Borneo 2017 Nur Fazira Muhammad Ali, turut kelihatan Bonny (dua kanan)
 ??  ?? JOANNA Kitingan (tengah) menyampaik­an hadiah kepadaMrHu­manityBorn­eo 2017 Jayfrejoe Japrin.
JOANNA Kitingan (tengah) menyampaik­an hadiah kepadaMrHu­manityBorn­eo 2017 Jayfrejoe Japrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia