Utusan Borneo (Sabah)

Oleon bina rangkaian global eksport di Klang

Malaysia menjadi titik tumpuan penting dalam pengembang­an global syarikat

-

PELABUHAN KLANG: Dengan menggunaka­n operasinya diKlang, OleonSdn Bhd, yang syarikat induknya berpangkal­an berhampira­n Gent, Belgium dan sebahagian daripada Kumpulan Avril dari Perancis, sejak beberapa tahun lalu berjaya membina rangkaian pasaran eksport utama di seluruh dunia.

Malah Malaysia menjadi titik tumpuan penting dalam pengembang­an global syarikat itu.

Oleon adalah pengeluar oleokimia terbesar Eropah yang menukar minyak sayuran kepada asid lemak dan kemundiann­ya kepada ester yang diguna dalam kosmetik, penjagaan rumah dan bahan tambahan makanan, termasuk cecair pencuci, minyak pelincir, minyak hidraulik, pelarut, pelapis dan cat.

“Kami membina satu rangkaian antarabang­sa... operasi syarikat kami di Klang sudah kukuh. Kira-kira 40 peratus eksport kami dihantar ke Eropah, 30 peratus ke Amerika Syarikat dan selebihnya ke Asia.

“Tetapi kira-kira 80 peratus pengeluara­n kami di rantau ini adalah di Malaysia. Hanya satu atau dua peratus daripada pengeluara­n kami di sini digunakan di Malaysia. Produk kami - ramuan - adalah pelincir yang digunakan dalam penjagaan diri dan produk makanan,” kata James De Caluwe, Pengarah Urusan Oleon Sdn Bhd, dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Kumpulan tersebut mula menghasilk­an biodiesel pada 1980-an daripada biji sesawi. Walaupun minyak biji sesawi mungkin sesuai untuk sesetengah aplikasi, ia tidak sesuai bagi semua tujuan.

De Caluwe menerangka­n bagaimana syarikat itu memilih Malaysia sebagai tapak untuk mendirikan operasinya.

“Kami memutuskan untuk mengguna minyak sawit dan datang ke Malaysia. Tetapi kami juga telah menimbang untuk ke Indonesia dan Singapura.

“Indonesia mempunyai lokasi industri yang berpecah. Manakala Singapura pula tidak mempunyai industri minyak sawit, walaupun logistikny­a bagus.

“Kami memilih Malaysia dan perlu membuat keputusan antara Johor dan Selangor. Selangor sangat menarik kepada kami kerana logistik serta sumber minyak sawit,” katanya.

Dengan peningkata­n ‘kesedaran hijau’, di mana perlindung­an alam sekitar memainkan peranan penting dalam pengeluara­n dan penggunaan sesuatu produk, membuatkan Oleon berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

“Kami menekankan ‘watak hijau’ produk kami. Kami berharap China akan menjadi ‘penyokong hijau’.

“Kami tidak menggunaka­n minyak sawit secara langsung tetapi menggunaka­n minyak isirung sawit yang mana dipecahkan kepada gliserin dan asid lemak.

“Kami menggunaka­n asid lemak yang diekstrak di Malaysia daripada isirung kelapa dan isirung sawit,” kata Pengarah Urusan Oleon berkenaan.

Pengeluara­n tahunan syarikat tersebut adalah sekitar 40,000 tan metrik (dalam bentuk cecair) di sebuahkila­ng manakala kilang kedua menghasilk­an 15,000 tan metrik (dalam bentuk serbuk). Gabungan kapasiti yang dihasilkan kedua-dua kilang berkenaan ialah 55,000 tan metrik

De Caluwe menyifatka­n 2016 sebagai tahun yang sukar kerana saingan sengit dan kejatuhan harga minyak.

“Penggunaan telah jatuh... pengguna menjadi lebih sensitif kepada harga dan tidak semestinya membeli ‘produk hijau’,” katanya.

Beliau turut bercakap mengenai penggunaan meluas produk minyak sawit serta mengakui ia telah membantu mengeluark­an penduduk daripada kemiskinan.

“Pengeluara­n minyak kimia adalah berintensi­fkan modal. Pertumbuha­n wujud dalam segmen derivatif dan sebahagian besarnya bergantung kepada permintaan seberang laut.

“Sentimen ke atas pertumbuha­n segmen ini adalah bercampur-campur. Kami juga telah menyampaik­an pandangan kami mengenai pelbagai isu berkaitan perniagaan kami kepada kerajaan Malaysia melalui Dewan Perniagaan Eropah, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia serta KLInvest.

“Kesukaran yang kami hadapi sekarang adalah berkaitan membuat pembelian bagi keperluan kami dalam ringgit disebabkan potensi turun naik mata wang tersebut. Ia juga telah menjejaska­n industri petroleum,” katanya.

De Caluwe juga bercakap mengenai trend yang menjejaska­n tingkah laku pengguna.

Berdasarka­n maklumat mengenai trend pasaran dan penyelidik­an, beliau meramalkan pengguna akan menunjukka­n kecenderun­gan lebih besar ke atas makanan siap yang akan menyebabka­n penggunaan lebih tinggi.

“Apabila suami dan isteri bekerja, kemungkina­n besar ia akan membawa kepada lonjakan permintaan kepada produk kami,” katanya.

Oleon, menurut De Caluwe, juga menghargai kerjasama antara industri berkenaan dan institusi akademik yang terlibat dalam kerja-kerja penyelidik­an.

Syarikat tersebut baru-baru ini menandatan­gani memorandum dengan Universiti Malaya (UM) bagi menjalanka­n penyelidik­an untuk membangunk­an generasi baharu bahan tambahan untuk pelincir yang mesra alam sekitar.

Projek selama dua tahun itu akan menelan belanja RM1 juta dan akan memanfaatk­an kepakaran Oleon dalam bahan tambahan pelincir serta keupayaan penyelidik­an dan ujian Pusat Penyelidik­an Nanoteknol­ogi dan Pemangkin UM bagi merumus dan mengesahka­n keberkesan­an bahan tambahan mesra alam bagi cecair pelincir.

“Kami membina satu rangkaian antarabang­sa... operasi syarikat kami di Klang sudah kukuh. Kira-kira 40 peratus eksport kami dihantar ke Eropah, 30 peratus ke Amerika Syarikat dan selebihnya ke Asia. Tetapi kirakira 80 peratus pengeluara­n kami di rantau ini adalah di Malaysia. Hanya satu atau dua peratus daripada pengeluara­n kami di sini digunakan di Malaysia.”

JAMES DE CALUWE

Pengarah Urusan Oleon Sdn Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia