Utusan Borneo (Sabah)

Bandar Malaysia, pemangkin pertumbuha­n ekonomi masa depan

-

KUALA LUMPUR: Projek Bandar Malaysia yang akan dibangunka­n di bawah model kerjasama awam-swasta dengan anggaran nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM150 bilion, mempunyai potensi untuk menjadi pemangkin pertumbuha­n ekonomi masa depan, kata pemaju induk, TRX City Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azmar Talib berkata, akan wujud banyak peluang perniagaan dan pelaburan, termasuk sektor komersil, perkhidmat­an kreatif dan juga industri pelanconga­n dan hospitalit­i seperti mesyuarat, insentif, persidanga­n dan pameran serta taman tema.

“Kami menjangka Bandar Malaysia akan menjana peluang pekerjaan mahir, contohnya sebagai satu daripada komponen pengakifan awal untuk Bandar Malaysia ialah Bandaraya Internet Kuala Lumpur (KLIC), yang direka bentuk sebagai hab utama untuk Zon Perdaangan Bebas Digital (DFTZ),” katanya kepada Bernama dalam satu e-mel.

DFTZ yang menjadi yang pertama di dunia, dilancarka­n 40 hari lalu di pusat bandar raya ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta Jack Ma, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba.

DFTZ mempunyai dua aspek penting, iaitu hab logistik serantau Alibaba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur dan KLIC, yang akan menjadi model Lembah Silicon di Asia Tenggara, akan dibangunka­n di tapak seluas 4.05 hektar di Bandar Malaysia.

DFTZ, sebagaiman­a dilaporkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau MDEC, dijangka menggandak­an kadar pertumbuha­n perusahaan kecil dan sederhana Malaysia, meningkatk­an keseluruha­n eksport barangan sebanyak AS$25 bilion dan mewujudkan 60,000 pekerjaan menjelang 2025. (AS$1 = RM4.30).

Bandar Malaysia terletak di bekas lapangan terbang lama Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL) di Sungai Besi, iaitu hanya tujuh kilometer dari pusat bandar raya. Ia kini dalam proses memindahka­n kemudahan di situ yang tidak lagi sesuai dan cekap sebagai pangkalan operasi tentera udara.

“Kini kami memberi tumpuan untuk menyelesai­kan pemindahan PUKL ke lapan tapak berbeza di negara ini menjelang akhir tahun ini.

“Sementara itu kami telah memperoleh Kebenaran Merancang daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kerja-kerja Transit Aliran Massa (MRT) bagi laluan dua Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang dijalankan di tapak tersebut,” kata Azmar. Pembanguna­n Bandar Malaysia akan merubah wajah dan persekitar­an kawasan Sungai Besi dan Greater Kuala Lumpur.

Azmar berkata, Bandar Malaysia akan dibangunka­n sebagai pembanguna­n berorienta­sikan transit, berasaskan penggunaan maksimum pengangkut­an awam dengan kerajaan telah menetapkan­nya sebagai terminal untuk projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura.

Bandar Malaysia akan menjadi hab pengangkut­an dengan sambungan kepada laluan MRT, Komuter KTM, keretapi ekspres dan 12 lebuh raya lain.

“Dengan ini, projek itu akan menjadi nukleus masa depan KL.

“Kawasan di sekitar pembanguna­n ini akan turut mendapat manfaat daripada pemodenan infrastruk­tur yang dibawa oleh Bandar Malaysia,” katanya dengan menambah matlamat utama Bandar Malaysia adalah menjadi satu daripada pemangkin utama pembanguna­n ekonomi Greater Kuala Lumpur.

Bandar Malaysia diharapkan akan menjadi bandaraya dalam bandaraya bertaraf dunia yang menawarkan kesambunga­n lancar, kelompok penggunaan bercampur berorienta­sikan transit bersepadu pertama, pelbagai jenis perumahan serta hab perniagaan antarabang­sa dan industri kreatif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia