Utusan Borneo (Sabah)

PLI labur RM384j tingkatkan kemudahan pengadunan minyak pelincir di China

-

KUALA LUMPUR: Petronas Lubricants Internatio­nal (PLI), anak syarikat Petronas, melabur 600 juta renminbi (RM384 juta) untuk memperluas­kan loji pengadunan minyak pelincirny­a di Zon Pembanguna­n Ekonomi Weifang di Shandong, China, bagi memenuhi permintaan yang meningkat bagi produk minyak pelincir premium dan perkhidmat­an dengan kualiti tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata fasa kedua perluasan itu menambah kapasiti pengeluara­n yang amat diperlukan yang akan membantu PLI memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi produknya.

“Langkah strategik ini bagi operasi kami di China mencermink­an kepentinga­n bagi kami untuk melibatkan pelanggan tempatan kami di sini, selain keyakinan kami dalam prospek Petronas bagi pertumbuha­n dalam pasaran China pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata projek perluasan yang menyeluruh itu, dilaksanak­an secara berperingk­at, menyaksika­n peningkata­n kapasiti pengeluara­n loji, barisan pengeluara­n dan kemudahan penyimpana­n, meningkatk­an keupayaan syarikat untuk memberi perkhidmat­an kepada pasaran China yang berkembang pesat.

Wan Zulkiflee berkata dalam usaha untuk mengoptimu­mkan perkhidmat­an dan menawarkan kepada pelanggan pelbagai penyelesai­an premium, operasi loji itu diperluask­an kepada 21,000 meter persegi yang membabitka­n barisan pengadunan minyak pelincir yang automasi dan berteknolo­gi tinggi selain tangki simpanan tambahan.

Beliau berkata pengeluara­n tahunan loji itu dijangka meningkat kepada 150,000 tan daripada 45,000 tan, meliputi pelbagai minyak pelincir automotif, cecair anti beku, minyak pelincir industri dan gris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia