Utusan Borneo (Sabah)

DWP KJRI Kota Kinabalu peringati Hari Kartini

-

KOTA KINABALU: Tepat jam 10 pagi, Khamis 27 April lalu, tetamu undangan sudah memenuhi ruangan dewan di Wisma Indonesia, Tanjung Aru.

Pagi itu, Dharma Wanita Persatuan (DWP) KJRI Kota Kinabalu menyelengg­arakan acara “Cultural Coffee Morning” sempena memperinga­ti Hari Kartini.

Acara itu menampilka­n Pesona Budaya Nusantara berupa acara adat, peragaan busana, tari-tarian, kuliner dan promosi barang-barang seni. Hasil promosi penjualan barang-barang seni akan disumbangk­an kepada korban bencana alam di Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB).

Ketua DWP Persatuan KJRI Kota Kinabalu, Iit Muhitoh nampak gembira menerima kehadiran tamutamuny­a. Puan Sri Genevieve Kitingan, isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah menjadi tetamu kehormat dalam majlis itu.

Hadir sama di majlis itu ialah Konsul Agung Negara Brunei Darussalam Pengiran Hajah Nooriyah PLW Haji Yussof, Konsul Jepun di Kota Kinabalu Hiroko Matsou dan Konsul China Chen Peiji, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Hajah Mariati Robert, CEO Kolej Teknikal Yayasan Sabah Datin Dr Hajah Tarsiah TZ Taman dan mantan Menteri Perhubunga­n dan Kerja Raya Datuk Hajah Dayang Mahani Ahmad Raffae.

Dalam ucapannya, Ketua DWP Persatuan KJRI Kota Kinabalu Iit Muhitoh menyatakan program yang diadakan sempena memperinga­ti Hari Kartini itu memberi makna yang besar kepada perjuangan kaum perempuan di Indonesia, agar berupaya tampil berdiri sejajar dengan kaum lelaki.

Program itu diadakan untuk membantu KJRI Kota Kinabalu meningkatk­an hubungan persahabat­an antara Indonesia dan Sabah, serta memperkena­lkan budaya Indonesia.

Pelbagai jenis tarian dan persembaha­n ditampilka­n oleh murid-murid Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) di bawah asuhan Ibu Cici. Tetamu undangan juga berpeluang memainkan permainanj angklung secara interaktif. Semua tamu yang hadir merasa kagum dan menikmati persembaha­n yang diadakan di majlis itu.

Konjen RI Kota Kinabalu Akhmad DH Irfan mengatakan KJRI Kota Kinabalu mendukung kegiatan itu kerana merupakan salah satu program diplomasi publik untukmempr­omosikan budaya Indonesia kepada masyarakat di Sabah.

 ??  ?? IIT Muhitoh bersama Genevieve, konsul Brunei, China dan Peguam Besar Negeri Sabah.
IIT Muhitoh bersama Genevieve, konsul Brunei, China dan Peguam Besar Negeri Sabah.
 ??  ?? IIT Muhitoh dan Genevieve bersama pelajar yang membuat persembaha­n.
IIT Muhitoh dan Genevieve bersama pelajar yang membuat persembaha­n.
 ??  ?? SEBAHAGIAN hadirin merakamkan kenangan di majlis itu.
SEBAHAGIAN hadirin merakamkan kenangan di majlis itu.
 ??  ?? HADIRIN mencuba permainan angklung.
HADIRIN mencuba permainan angklung.
 ??  ?? PELAJAR SIKK memainkan gamelan.
PELAJAR SIKK memainkan gamelan.
 ??  ?? ANTARA hadirin di majlis itu.
ANTARA hadirin di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia