Utusan Borneo (Sabah)

Rumah panjang ranap

Rumah panjang, rumah persendiri­an musnah dalam kebakaran di Long Seridan

-

MIRI: Satu blok rumah panjang setingkat tujuh pintu beserta sebuah lagi rumah persendiri­an yang terletak berhampira­n, ranap dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 5.15 petang Sabtu, di Long Seridan.

Kebakaran itu dipercayai bermula dari ruang tamu di bilik bekas ketua masyarakat­nya dan memusnahka­n seluruh struktur rumah panjang tersebut, menyebabka­n 70 orang penghuniny­a tinggal sehelai sepinggang.

Rumah panjang yang terletak di tepi landasan Padang Terbang Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS) Long Seridan, kira-kira 35 minit perjalanan menggunaka­n pesawat Twin Otter dari Lapangan Terbang Miri.

Ini merupakan yang kedua berlaku di Long Seridan dalam April, selepas Klinik Long Seridan musnah dalam kebakaran pada tengah hari 11 April lalu.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala yang juga Adun Mulu, ketika dihubungi pada Sabtu mengesahka­n kebakaran itu dan berkata maklumat lengkap masih belum dapat diperolehi.

“Saya difahamkan sembilan bilik (rumah panjang dan persendiri­an) musnah dalam kebakaran itu, namun jumlah sebenar belum dapat diketahui kerana kesukaran komunikasi ke kawasan berkenaan.

“Bagaimanap­un saya bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan saya sudahpun memaklumka­n kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (Zon 6 Miri), Pejabat Residen serta Pejabat Daerah Miri, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri serta mengarahka­n bantuan segera dihantar kepada mangsa yang terjejas,” katanya.

“Saya juga sudah meminta helikopter dari Unit Udara Bomba untuk bersiap sedia bagi menghantar bantuan kecemasan dan bekalan ke sana.

“Saya sendiri akan pergi ke sana esok menaiki helikopter yang sama, jika tiada halangan dan ada ruang untuk saya,” tambahnya.

Sementarai­tu, Utusan Borneo difahamkan, Long Seridan tidak mempunyai Pasukan Bomba Sukarela dan hanya ada Pasukan Bomba Komuniti iaitu di rumah panjang itu sendiri.

Ketika kejadian berlaku, sebahagan besar penghuni rumah tidak berada di situ kerana menghadiri penganjura­n majlis Hari Keluarga di Miri.

“Saya difahamkan sembilan bilik (rumah panjang dan persendiri­an) musnah dalam kebakaran itu, namun jumlah sebenar belum dapat diketahui kerana kesukaran komunikasi ke kawasan berkenaan.”

DATUK GERAWAT GALA

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri

 ??  ?? API kelihatan sedang marak membakar rumah panjang serta rumah persendiri­an di Long Seridan dalam kebakaran pada jam 5.15 petang Sabtu.
API kelihatan sedang marak membakar rumah panjang serta rumah persendiri­an di Long Seridan dalam kebakaran pada jam 5.15 petang Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia