Utusan Borneo (Sabah)

Johnson kekal Presiden STA

- -Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Johnson Koh menang tanpa bertanding untuk terus memimpin Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Sesi 2017/2019 semasa Mesyurat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu di Restoran Twin Skies, Kampung Air dekat sini pada malam Ahad.

Tidak dicabar untuk jawatan tertinggi persatuan itu, kepercayaa­n sebulat suara dari semua perwakilan yang hadir membolehka­n Johnson terus memegang jawatan Presiden untuk tahun ke-11 berturuttu­rut.

Johnson dibantu oleh Naib Presiden yang baharu Christophe­r Lim, ahli Persatuan Tenis Daerah Sandakan, yang juga menang tanpa bertanding selepas ketidak hadiran penyandang dan keputusan Presiden Persatuan Lawn Tenis Kota Kinabalu Ghani Affendy untuk tidak bertanding kerana komitmen perniagaan. Bagaimanap­un, Ghani bersetuju untuk menjadi salah seorang Exco persatuan itu bersama tiga ahli yang lain iaitu Mohd Rasyid Abd Ghani dari Keningau, Yussop Jaharun dari Semporna dan Mahamudin Hj Mohd Onon dari Kota Belud.

Jawatan Bendahari Kehormat juga terus disandang oleh Tony Wong, manakala jawatan Setiausaha Kehormat akan dilantik semasa mesyuarat pertama persatuan itu dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, AGM kali ke-31 itu dimulakan dengan pembentang­an dan kelulusan laporan kewangan persatuan.

Semasa sesi penentanga­n oleh Tony, Johnson meminta semua perwakilan yang hadir untuk membuat penelitian terperinci agar semua pihak yakin dan berpuas hati dengan laporan yang disediakan.

Selepas permintaan untuk penjelasan beberapa perkara, semua yang hadir bertuju untuk meluluskan laporan berkenaan.

 ??  ?? CHRISTOPHE­R Lim (empat dari kiri), Johnson, Tony, Ghani (dua kanan) bersama presiden persatuan-persatuan daerah selepas AGM STA 2017 di ibu negeri pada malam Ahad.
CHRISTOPHE­R Lim (empat dari kiri), Johnson, Tony, Ghani (dua kanan) bersama presiden persatuan-persatuan daerah selepas AGM STA 2017 di ibu negeri pada malam Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia