Utusan Borneo (Sabah)

Empat galas cabaran Malaysia

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Empat pelatih muda dari Sabah terpilih mewakili Malaysia bertanding di Kejohanan Karate SEAKF 2017 yang akan berlangsun­g di Jawa Tengah, Indonesia bermula esok hingga Sabtu.

Kejohanan edisi Ke-6, Persekutua­n Karate Asia Tenggara (SEAKF) itu berlangsun­g di Stadium Tertutup Akademi Polis, Jalan Sultan Agung, Semarang.

Tiga dari empat atlet berbakat dari negeri ini, Ivan Charles, Cairola Wong dan Ar Nickazmie Ahmad berlepas ke ibu negara pada Isnin untuk menyertai latihan pusat pasukan kebangsaan di Bukit Jalil bersama seorang lagi atlet kelahiran Sabah yang berlatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Richal Mattan.

Ivan akan bertanding dalam acara Kumite Kadet -70kg, Cairola bertanding dalam acara Kumite Junior -59kg, Ar Nickazmie bertanding dalam acara Kumite Bawah 21Tahun -75kg sambil Richal bertanding dalam acara Kumite Junior -55kg.

Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA) merangkap ketua jurulatih negeri Julian Chin berkata, pihak persatuan berharap atlet-atlet dari Sabah itu dapat bertanding dengan semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi untuk membawa pulang pingat yang pastinya akan membanggak­an seluruh warga karate di negeri ini.

“Kita juga berharap mereka akan menimba pengalaman berguna khususnya bertanding di peringkat antarabang­sa.

“Meskipun mereka masih muda, tetapi saya rasa mereka mampu memikul tanggungja­wab dan kepercayaa­n yang diberikan dengan penuh kewibawaan dan seterusnya mengharumk­an nama Malaysia di rantau ini.

“Sejajar itu juga, saya bagi pihak SKA berterima kasih kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS), Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) serta Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF) atas sokongan dan dorongan yang berikan ke atas persatuan ini,” jelas Julian.

 ??  ?? IVAN Charles (dua kiri), Cairola Wong (tiga kanan) dan Ar Nickazmie Ahmad (dua kanan) sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) ke Kuala Lumpur pada Isnin.
IVAN Charles (dua kiri), Cairola Wong (tiga kanan) dan Ar Nickazmie Ahmad (dua kanan) sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia