Utusan Borneo (Sabah)

F1: Bottas rangkul kejuaraan Sochi, Russia

-

SOCHI, Rusia: Selepas empat perlumbaan sengit dan terbuka, Formula Satu (F1) kembali ke ‘tanahair’ Eropah dengan kebangkita­n Ferrari dan prospek saingan lebih sengit dengan juara bertahan, Mercedes.

Ia kelihatan lebih jelas selepas perlumbaan turun-naik di Sochi di mana Valtteri Bottas memenangi perlumbaan sulung beliau bersama Mercedes sementara rakan sepasukann­ya, Lewis Hamilton bergelut di tempat keempat.

Dua pemandu Mercedes itu dipisahkan oleh dua pemandu Ferrari, Sebastian Vettel yang menduduki tempat kedua dan Kimi Raikkonen yang menduduki tempat ketiga.

“Ia pastinya sangat sengit,” kata pengurus pasukan Mercedes, Toto Wolff. “Lebih sengit dari sebelum ini.

“Ferrari memiliki kereta yang bagus. Mereka kembali dari sesi uji pandu musim sejuk dengan kereta yang bagus dan ia kelihatan sangat sesuai dengan Sebastian – kami perlu meningkatk­an prestasi kami sebaik yang kami mampu.”

Kemenangan Bottas menyelamat­kan Mercedes selepas Ferrari menguasai sesi ujian masa kelayakan dengan Vettel menduduki petak pertama, diikuti rakan sepasukann­ya, Raikkonen, untuk barisan hadapan yang pertama buat Ferrari dalam tempoh sembilan tahun.

Bottas membuktika­n bahawa beliau bukan sahaja berbeza dengan bekas juara dunia, Nico Rosberg tetapi beliau juga boleh menjadi rakan sepasukan yang boleh diharapkan untuk Hamilton.

“Bagi saya, ia hanya permulaan, di awal tahun,” kata beliau. “Ia terlalu awal untuk bercakap tentang kejuaraan mana-mana kejuaraan.

“Kami hanya memberi fokus memastikan kereta berfungsi dengan lebih baik dan ia akan memberikan kami kereta yang boleh menang.

“Apa yang pasti mencapai kemenangan pertama adalah sesuatu yang istimewa, walaupun anda sentiasa percaya dengan diri anda sendiri. Jika anda fikir anda tidak mampu untuk menang, anda seharusnya duduk di rumah tetapi untuk mendapat pengesahan dan keputusan yang baik, ia sangat bermakna sekali.”

Selepas menguasai saingan selama tiga tahun, Mercedes berdepan cabaran. Tahun lepas, mereka menang 19 dari 21 perlumbaan, tewas dua kali dan sekarang, dalam empat perlumbaan tahun ini, mereka berkongsi dua kemenangan dengan Ferrari.

Kerana itu, walaupun Mercedes memiliki kelebihan satu mata dalam kategori pengeluar, Vettel mendahului Hamilton dengan kelebihan 13 mata dalam kategori pemandu ketika kesemua pasukan bersedia memperkena­lkan naik taraf baharu untuk perlumbaan Grand Prix Sepanyol pada 14 Mei ini.

Kemenangan Bottas bagaimanap­un mungkin menjadikan situasi janggal untuk Mercedes dan Hamilton sekiranya Ferrari menunjukka­n kelebihan untuk Vettel.

Wolff menjelaska­n minggu lepas di mana beliau lebih suka melihat dua pemandunya bersaing sesama sendiri tanpa urutan kerana ia akan meningkatk­an pembanguna­n pasukan dan kepantasan keseluruha­n tetapi senario seperti itu dijangka tidak berlaku di Ferrari.

Vettel menjangkak­an saingan yang kuat di antara pasukan utama tetapi percaya pasukan Red Bull juga akan memberikan saingan dengan naik taraf baharu untuk perlumbaan di Sepanyol.

“Ada banyak khabar angin ketika ini dan saya tahu mereka boleh membina kereta dengan begitu cepat dan bagi saya, ia persoalan tentang bila berbanding jika. Ia pastinya menarik,” kata Wolff.

Kemunculan Bottas juga menambah drama dalam saingan musim ini. Beliau juga menunjukka­n kemampuann­ya dengan menduduki petak pertama di Bahrain dan kemenangan di Sochi di mana beliau mempunyai kepantasan untuk mengatasi rakan sepasukann­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia