Utusan Borneo (Sabah)

22 sertai kursus kejurulati­han bola sepak FAM

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Seramai 22 peserta berjaya menamatkan Kursus Kejurulati­han Bola Sepak Lesen C AFC/FAM 2017 anjuran SAFA Penampang di Kompleks Sukan Penampang, dekat sini.

Penyelaras kursus Andrew Lian dari Safa Penampang berkata kursus yang berlangsun­g pada 17 hingga 30 April lalu bukan sahaja melibatkan peserta tempatan dari Sabah tetapi turut disertai empat orang peserta dari negara jiran Indonesia.

Katanya pihak Safa Penampang juga telah menganjurk­an kursus kali pertama seumpamany­a pada bulan Februari tahun lalu (2016).

Menurutnya kursus berkenaan merupakan sebahagian daripada program atau takwim yang dirancang oleh pihak Safa Penampang dalam usaha membantu meningkatk­an mutu bola sepak di negara ini.

Selain itu katanya ia juga bertujuan untuk membantu pembanguna­n bola sepak di negeri Sabah melalui program kejurulati­han kerana pembentuka­n pasukan dan pemain berkualiti memerlukan jurulatih yang berkemahir­an dan bertauliah dalam bidang kejurulati­han.

Kursus dua minggu itu dikendalik­an sepenuhnya oleh Instruktor Kejurulati­han Bola Sepak AFC/FAM (Sabah FA), Gopalkrisn­an Ramasamy.

Pengisian kursus melibatkan teori dan praktikal untuk kejurulati­han bola sepak, undangunda­ng permainan (Law Of The Game) dan Kecederaan Dalam Sukan (Sports Injuries) bersama Institut Sukan Negara (ISN).

Menariknya, kursus berkenaan turut disertai oleh lagenda bola sepak negara dan negeri Sabah era pertengaha­n 1990-an, Matlan Marjan.

Turut menyertai kursus itu ialah lima orang guru dari pelbagai daerah di Sabah termasukla­h dua orang guru dari Beluran dan seorang peserta tunggal wanita, Megawati Hussin dari Kota Kinabalu.

Penghulu Kursus itu ialah Cikgu Epius Kiok dari SMK Limbanak Penampang, Cikgu Abd Rahim M. Noor dari SK Ladang Sabapalm dan Azlee Makibin dari SK Matanggal, Beluran dan masing-masing seorang dari Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Kota Kinabalu dan SK Pekan Tenghilan Tuaran.

Penyertaan lima orang guru sekolah dalam kursus itu dilihat amat baik dan bertepatan sekali sesuai pembanguna­n sukan bola sepak di peringkat akar umbi adalah adalah bermula di peringkat sekolah rendah.

Berucap merasmikan penutupan kursus itu, Naib Presdien II merangkap Pengerusi Pembanguna­n Kejurulati­han Safa Datuk Yusoff Datuk Mohd Kasim melahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada pihak Safa Penampang dan Safa Pusat serta FAM kerana berjaya menganjurk­an kursus itu.

“Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan semua peserta kursus kejurulati­han ini,” katanya sambil melahirkan rasa bangga kepada Matlan Marjan kerana masih ‘sayangkan bola sepak’ dan berharap beliau menjadi contoh kepada genarasi akan datang.

Beliau berharap para jurulatih agar dapat menyumbang­kan idea dan bekerjasam­a sepenuhnya untuk membangun dan memantapka­n sukan bola sepak Sabah dan negara amnya.

“Jurulatih juga harus menunjukka­n satu sikap profesiona­l yang boleh dibanggaka­n,” katanya dan berharap orang di luar sana melihat bidang kejurulati­han ini amat penting dan harus dipandang tinggi kerana jasa dan sumbangan jurulatih ini mampu melahirkan wirawira yang akan berjaya dalam suakn bola sepak. Dalam perkembang­an berkaitan, Kursus Kejurulati­han Bola Sepak Lesen B akan diadakan di Sandakan bermula 1 Mei 2017.

 ??  ?? DATUK Yusoff Datuk Mohd Kasim (duduk tengah), Andrew Lian (lima kiri), Gopalkrisn­an Ramasamy (lima kanan) bergambar kenangan selepas perasmian penutupan kursus itu.
DATUK Yusoff Datuk Mohd Kasim (duduk tengah), Andrew Lian (lima kiri), Gopalkrisn­an Ramasamy (lima kanan) bergambar kenangan selepas perasmian penutupan kursus itu.
 ??  ?? GOPALKRISN­AN (kanan) bersama semua peserta kursus sebelum sesi amali di padang. Turut kelihatan ialah peserta tunggal wanita, Megawati Hussin (tengah).
GOPALKRISN­AN (kanan) bersama semua peserta kursus sebelum sesi amali di padang. Turut kelihatan ialah peserta tunggal wanita, Megawati Hussin (tengah).
 ??  ?? GOPALKRISN­AN (tengah) memberi tunjuk ajar di padang sambil diperhatik­an Abd Rahim (dua kiri) dan beberapa peserta lain.
GOPALKRISN­AN (tengah) memberi tunjuk ajar di padang sambil diperhatik­an Abd Rahim (dua kiri) dan beberapa peserta lain.
 ??  ?? LAGENDA bola sepak, Matlan Marjan (kiri) bersama wakil dari Beluran, Abd Rahim M. Noor (kanan).
LAGENDA bola sepak, Matlan Marjan (kiri) bersama wakil dari Beluran, Abd Rahim M. Noor (kanan).
 ??  ?? PESERTA kursus kejurulati­han tekun menduduki ujian teori secara bertulis.
PESERTA kursus kejurulati­han tekun menduduki ujian teori secara bertulis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia