Utusan Borneo (Sabah)

Liga Belia P’pang: Tuavon YC mara

Pasukan terakhir layak ke suku akhir Liga Belia Penampang

- Oleh JESPER JOHN

PENAMPANG: Dua perlawanan dilangsung­kan sebagai pelengkap jadual perlawanan bagi saingan kumpulan yang menyaksika­n pasukan Tuavon Youth Club pasukan terakhir yang mara ke peringkat suku akhir pada hujung minggu lepas.

Pasukan Tuavon Youth Club yang diramal sebagai pasukan pilihan untuk mara ke peringkat kalah mati itu sekali lagi menunjukka­n taring apabila dengan mudah menjinakka­n Babaig United dengan jaringan 7-1.

Hasil kemenangan itu, Tuavon Youth Club akan menyertai tujuh pasukan yang sudah pun layak ke peringkat seterusnya yang dijangka berlangsun­g pada hujung minggu ini.

Dalam perlawanan berasingan, pasukan IPD Penampang akhirnya berjaya meraikan kemenangan pertama mereka ke atas Pendidikan Penampang walaupun sudah tersingkir daripada kejohanan itu.

Mereka berpesta gol apabila membelasah pasukan yang terdiri daripada kalangan guru di sekitar Penampang dengan jaringan 11-1.

Pengerusi penganjur kejohanan Adrian Siponong berkata pihak penganjur ingin mengucapka­n terima kasih atas komitmen dan penyertaan seluruh pasukan terutama kepada pasukan yang tersingkir daripada kejohanan itu.

“Kami juga memuji semangat beberapa pasukan yang jelas kali tersingkir tetapi masih mempunyai baki perlawanan­untukmener­uskan perlawanan seperti Sporting Pogunon, Ramayah FC, IPD dan Pendidikan Penampang.

“Dan ini seharusnya dijadikan contoh kepada semua pasukan lain kerana mereka menunjukka­n semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan ini,” katanya.

“Untuk pasukan yang layak pihak penganjur mengucapka­n syabas dan tahniah kepada mereka dan memohon agar bermain dengan semangat persahabat­an yang tinggi,” jelasnya lagi.

Untuk makluman tambahan, hanya pasukan pengurusan dan pemain yang berdaftar sahaja layak berada di sepanjang kejohanan ini.

“Kami juga memuji semangat beberapa pasukan yang jelas kali tersingkir tetapi masih mempunyai baki perlawanan untuk meneruskan perlawanan seperti Sporting Pogunon, Ramayah FC, IPD dan Pendidikan Penampang.”

ADRIAN SIPONONG

Pengerusi penganjur

 ??  ?? TUAVON Youth Club
TUAVON Youth Club
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia