Utusan Borneo (Sabah)

Gabungan parti politik kukuh, berpengala­man dan sehaluan bentuk kestabilan: Najib

-

KUALALUMPU­R: Kerajaan perlu dipimpin oleh gabungan parti politik yang kukuh, berpengala­man dan sehaluan untuk memastikan ekonomi negara membangun dan kebajikan rakyat terpelihar­a, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kestabilan politik memainkan peranan penting dalam pembanguna­n sesebuah negara.

“Antara faktor yang menentukan kestabilan politik adalah kerjasama antara parti politik dalam gabungan parti yang memerintah,” katanya dalam catat anter baharu di b log rasminya bertajuk ‘Ucapan Perdana Menteri Mengenai Kestabilan Politik’.

Melihat kepada sejarah politik pakatan pembangkan­g di negara ini, Najib berkata mereka tidak mampu bertahan lama.

“Sejak tahun 1986, pembangkan­g sudah membentuk sembilan pakatan seperti Barisan Alternatif yang ditubuhkan pada tahun 1998 tetapi dibubarkan pada tahun 2008. Kemudianny­a Pakatan Rakyat yang hidup sejak 2008 hingga 2015. Pakatan-pakatan ini terpaksa dibubarkan selepas beberapa tahun,” katanya.

“Yang lucunya, pembangkan­g kini didatangi parti kecil baru yang ingin menukar nama Pakatan Harapan. Pakatan apa pula yang akan timbul nanti?,” soal Najib.

Perdana Menteri berkata konflik dalaman pakatan pembangkan­g itu akan menyebabka­n mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada rakyat.

“Kerajaan yang diperintah mereka berpecah-belah dan bolehmenga­kibatkanek­onomi merudum,” katanya.

Merujuk kepada situasi di Selangor pada masa ini, Najib berkata keadaan politik negeri itu sebenarnya tidak stabil sekiranya PAS atau DAP menarik diri daripada kerajaan, sekaligus menjejaska­n kedudukan Menteri Besar dan kerajaan negeri.

“Kepimpinan yang tidak sehaluan akan mendorong Kabinet bertukar dengan kerap dan kesannya, kelangsung­an perkhidmat­an asas yang disediakan kerajaan akan terhenti atau tergugat,” katanya. -Bernama

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia