Utusan Borneo (Sabah)

‘Jagat’, ‘Interchang­e’ dan ‘Pekak’ bertanding dalam AIFFA 2017

- Oleh AGNES TUGONG

TIGA filem Malaysia iaitu ‘Jagat’, ‘Interchang­e’ dan ‘Pekak’ tersenarai dalam senarai pendek filem yang bertanding dalam Anugerah Festival Filem Antarabang­sa Asean (AIFFA) 2017.

Filem ‘Jagat’ tersenarai dalam dua kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Harvin Raj) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Kuben Mahadevan).

Manakala filem ‘Interchang­e’ dan ‘Pekak’ masing-masing tersenarai dalam kategori Pengarah Fotografi Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sharifah Sakinah).

AIFFA 2017 yang memasuki edisi ketiga tahun ini telah dibuka dengan rasminya malam kelmarin oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Acara pembukaan berlangsun­g di Panggung Udara, Taman Budaya di sini dengan malam kemuncak anugerah pada 6 Mei ini.

Selain tiga filem dari Malaysia, AIFFA kali ini turut menyaksika­n persaingan hebat filem-filem dari Indonesia, Filipina, Vietnam dan Laos.

Antara kategori yang dipertandi­ngkan adalah Lakon Layar Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Pengarah Fotografi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.

Dalam pada itu, malam pembukaan AIFFA kelmarin turut menyaksika­n pengumu-man pemenang bagi pertanding­an filem pendek ‘Young Cuts

Sarawak’. Pemenang bagi pertanding­an ini telah dinobatkan kepada At Adau menerusi filem ‘Ajen Oku’ (Wait For Me) dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi. Filem bertajuk ‘Kumang’ oleh Jeremy Jacky pula memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai RM4,000 juga beserta trofi. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Taktik Kotor Production menerusi filem bertajuk ‘Sense of My Fairland’ dan menerima hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi. Hadiah disampaika­n oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Datuk Lee Kim Shin diiringi Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan, Datu Ik Pahon Joyik serta Pengarah Festival AIFFA 2017, Livan Tagang.

Acara pada malam itu dimeriahka­n lagi dengan penampilan pelawak terkenal dari Singapura iaitu Phua Chu Kang serta maskot Upin dan Ipin.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembaha­n oleh penyanyi terkenal tanahair Datuk David Arumugam dari Alleycats dan penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah.

Pelakon terkenal dengan watak Ip Man iaitu Donnie Yen turut ditampilka­n buat pertama kalinya pada AIFFA kali ini untuk bertemu bersama peminat.

Acara pada malam itu dimeriahka­n lagi dengan penampilan pelawak terkenal dari Singapura iaitu Phua Chu Kang serta maskot Upin dan Ipin.

 ??  ??
 ??  ?? LEE (dua kanan) merakamkan gambar bersama para pemenang pertanding­an filem pendek ‘Young Cuts Sarawak’ sempena AIFFA 2017 pada Khamis lepas. Turut kelihatan Ik (kanan) dan Livan (kiri).
LEE (dua kanan) merakamkan gambar bersama para pemenang pertanding­an filem pendek ‘Young Cuts Sarawak’ sempena AIFFA 2017 pada Khamis lepas. Turut kelihatan Ik (kanan) dan Livan (kiri).
 ??  ?? DATUK David Arumugam (kanan) menyanyika­n beberapa buah lagu hitsnya ditemani oleh dua orang peminat.
DATUK David Arumugam (kanan) menyanyika­n beberapa buah lagu hitsnya ditemani oleh dua orang peminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia