Utusan Borneo (Sabah)

MCMC TIDAK INTIP WHATSAPP

Mesej yang tular baru-baru ini ‘sama sekali palsu’

-

KUCHING: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hanyalah sebuah badan pengawal selia dan tidak memantau atau mengintip perkara yang dimuatkan pengguna WhatsApp dalam aplikasi itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Mesej yang tular baru-baru ini mendakwa suruhanjay­a berkenaan memantau kandungan dalam aplikasi itu adalah “sama sekali palsu”, katanya kepada media selepas merasmikan ‘Biz World’ Festival dan Anugerah Filem Antarabang­sa Asean (AIFFA) 2017 di sini kelmarin.

Salleh berkata selama ini kementeria­n berkenaan hanya memberi nasihat kepada masyarakat umum supaya tidak menyalahgu­nakan media sosial berikutan mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan negara.

“Sungguhpun kita mempunyai kebebasan untuk bercakap dan menulis, namun kita tidak mempunyai kebebasan untuk memuatkan dakwaan atau khabar angin yang boleh mengancam kestabilan negara dan akhirnya memusnahka­nnya.

“MCMC hanyalah badan pengawal selia. Pihak berkuasa lain yang akan mengambil tindakan perlu terhadap sesiapa yang didapati memuatkan dakwaan dan berita tidak berasas dalam sosial media,” katanya.

Mengenaira­ncanganSar­awak untuk menubuhkan agensi komunikasi dan multimedia­nya sendiri, Salleh berkata ia merupakan perkembang­an positif bagi negeri ini untuk terus maju.

“Dengan adanya agensi khusus seperti itu, Sarawak boleh mempercepa­tkan proses menaik taraf sistem ICT di negeri ini.

“Di peringkat pusat, kami sedia memberi kerjasama penuh. Kami mungkin mewujudkan jawatankua­sa antara kami dan negeri untuk membantu melancarka­n apa yang telah dirancangk­an oleh negeri,” katanya.

Selain itu, beliau berkata peruntukan turut disediakan bagi pembinaan menara komunikasi untuk meningkatk­an lagi kelajuan dan kadar penembusan.

“Kami akan bertemu Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg tengah hari ini untuk membincang­kan lebih lanjut tentang perkara ini,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? SALLEH (dua kanan) ketika merasmikan Festival dan Anugerah Filem Antarabang­sa Asean (AIFFA) 2017, kelmarin. Turut hadir Pengarah AIFFA 2017, Livan Tajang (kiri) dan Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin (kanan).
GambarBern­ama SALLEH (dua kanan) ketika merasmikan Festival dan Anugerah Filem Antarabang­sa Asean (AIFFA) 2017, kelmarin. Turut hadir Pengarah AIFFA 2017, Livan Tajang (kiri) dan Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia