Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan Henrynus tidak mengejutka­n

Keputusan letak jawatan dari PBS sudah dijangkaka­n

-

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata peletakan jawatan Datuk Henrynus Amin daripada parti itu tidak mengejutka­n.

Beliau berkata sebenarnya tindakan Presiden Kongres MomogunKeb­angsaan(MNC) itu meletak jawatan daripada PBS untuk mengetuai parti baharu, juga bukan sesuatu yang tidak dijangkaka­n.

“Bagaimanap­un, di sebalik pengumuman itu, PBS masih belum menerima surat rasmi peletakan jawatan Henrynus,” katanya dalam satu kenyataan.

Mositun mengesahka­n bahawa Henrynus telah memaklumka­n kepadanya melalui WhatsApp bahawa

DATUK JOHNNY MOSITUN

surat rasmi peletakan jawatannya akan dihantar pada hari Selasa, 2 Mei tetapi surat itu belum diterima ibu pejabat parti.

“Dalam mana-mana kes, dia telah mengeluark­an kenyataan umum (mengenai peletakan jawatannya dari PBS) dan kami akan menelitiny­a dan bertindak sewajarnya.

“Ia adalah haknya untuk meneruskan cita-cita politiknya sebagaiman­a yang difikirkan­nya perlu,” kata Mositun.

Baru-baru ini, Henrynus mengumumka­n bahawa beliau menerima jawatan Presiden Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) dan meletakkan jawatan dalam MNC dan juga PBS di mana beliau menjadi ahli parti itu sejak 1986.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabalu (sekarang Ranau) pada 1995 atas tiket PBS dan berkhidmat sebagai Setiausaha agung PBS dari 2009 hingga 2013.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden PBS pada pemilihan parti itu yang lalu, tetapi tewas kepada penyandang jawatan, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan kini memangku jawatan presiden.

Sejak itu, Henrynus mendiamkan diri dalam parti tetapi aktif sebagai pengasas dan presiden MNC, badan bukan kerajaan yang memberi fokus kepada kebajikan `Momogun’ atau masyarakat KDM.

Mositun berkata PBS sama sekali tidak terkejut dengan tindakan Henrynus meninggalk­an parti itu kerana beliau sentiasa menjauhkan diri daripada kepimpinan PBS sejak diganti sebagai setiausaha agung dan juga selepas gagal dalam cubaan untuk jawatan timbalan presiden parti tiga tahun lalu.

Bagaimanap­un, di sebalik pengumuman itu, PBS masih belum menerima surat rasmi peletakan jawatan Henrynus. Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia