Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Pesta Kaamatan Keningau pada 7 Mei

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Segala persiapan untukPeray­aanPestaKa­amatan peringkat daerah ini yang akan diadakan di Padang Bandaran di sini pada 7 Mei berjalan lancar.

Pada tahun ini, pesta ini diadakan di Padang Bandaran pusat bandar Keningau memandangk­an kemudahan yang terdapat di padang itu seperti bangunan astaka yang baharu selain sebagai salah satu tarikan kepada masyarakat daerah ini.

“Pesta ini akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan,” kata Pengerusi Pelaksana pesta itu Haji Yusop Haji Osman, di sini kelmarin.

Bagaimanap­un katanya, sambutan pesta ini yang diadakan selama tiga hari telah bermula pada hari ini (Jumaat) dengan raptai separuh akhir dan akhir Sugandoi Kaamatan dan Kuiz Ekspresi Negaraku Malaysia.

Katanya, pada esok (hari ini), Karnival Pesta Kaamatan peringkat daerah bermula dengan acara sukan tradisi, pertanding­an tarian tradisi etnik KDMR dan pertanding­an akhir Sugandoi Kaamatan.

Semua acara karnival bermula jam 8 pagi hingga jam 11 malam di Padang Bandaran.

“Pada 7 Mei bermula jam 8 pagi merupakan majlis perasmian pesta ini oleh Pairin di Padang Bandaran dan antara acara-acara yang diadakan upacara Magavau, persembaha­n kebudayaan, lawatan ke rumah-rumah tradisi, gerai pameran dan gerai jualan, “katanya.

Yusop memberitah­u, pertanding­an Unduk Ngadau adalah merupakan acara kemuncak pada pesta itu selain acara-acara hiburan oleh artisartis tempatan.

Katanya lain-lain acara yang diadakan pada sebelah petang ialah pertanding­an akhir Unduk Ngadau, pertanding­an masakan tradisi, pertanding­an akhir sukan tradisi tarik tali dan mimpulos.

Menurut beliau, pada sebelah malamnya bermula jam 8 malam diadakan Konsert Ekspresi Negaraku Malaysia yang membariska­n artis-artis terdiri Blaqz, Ryna, Ithna, Alister dan Kebudayaan Tunas Budaya Komuniti 1 Malaysia.

Katanya konsert yang akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno turut menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan melalui cabutan tiket bertuah.

Beliau meminta seluruh masyarakat di daerah ini khususnya pedalaman agar dapat datang beramai-ramai memeriahka­n lagi sambutan perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah ini.

 ??  ?? YUSOP (duduk kanan) dan isteri, Hajah Airanah sedang menikmati hidangan makanan ikan air tawar di gerai Jabatan Perikanan Keningau di Padang Bandaran Keningau kelmarin.
YUSOP (duduk kanan) dan isteri, Hajah Airanah sedang menikmati hidangan makanan ikan air tawar di gerai Jabatan Perikanan Keningau di Padang Bandaran Keningau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia