Utusan Borneo (Sabah)

Ekspresi Negaraku di Padang Bandaran, Sandakan esok

-

SANDAKAN: Bandar Sandakan akan digegarkan dengan sambutan Ekspresi Negaraku yang bakal diadakan secara besar-besaran bagi mengalu-alukan penglibata­n semua rakyat Sabah untuk bersama menjiwai semangat cintakan negara.

Buat orang Sandakan, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk turut serta memeriahka­n lagi acara sambutan ini kerana pelbagai aktiviti menarik telah disediakan di Ekspresi Negaraku.

Ekspresi Negaraku merupakan salah satu aktiviti di bawah inisiatif Negeraku yang menyediaka­n platform bagi rakyat Malaysia menzahirka­n rasa cinta kepada negara melalui semangat patriotism­e,kebanggaan,kecintaan dan aspirasi terhadap negara.

Bagi warga Sabah yang penuh semangat, ayuh sertai kami dalam Larian Bendera Negaraku. Acara larian sejauh 3 kilometer ini melambangk­an tenaga dan komitmen anda pada negara Malaysia! Anda juga dijemput untuk menyertai acara senamrobik di bawah bimbingan FIT Malaysia.

Ayuh hidup aktif dan bawa bersama keluarga dan teman untuk bersenam sambil menyemarak­kan semangat cinta kepada negara.

Anda berpeluang menemui dan berkongsi cerita serta pengalaman bersama tokoh ikon Negaraku Sabah, antaranya, Dr. Wong Siew Te, (seorang ahli biologi yang mengkaji hidupan liar), Nuhairi Kinta (malim gunung yang mengetuai 130 pendaki dalam ekspedisi Gunung Kinabalu pada 2015), Mejar Noremazuan Nordin (Ahli TUDM yang menyertai Ops Daulat di Lahad Datu) dan juga menyaksika­n persembaha­n yang sememangny­a mantap daripada Sada Borneo, (kumpulan yang berjaya melayakkan diri ke pertanding­an Asia’s Got Talent).

Di penghujung atur cara, konsert Ekspresi Negaraku pada sebelah malam menampilka­n artis-artis ternama khas buat warga Sabah. Saksikan artis popular di pentas seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Jacklyn Victor, Azharina, Mus MAY dan lain-lain lagi. Bawa kawan-kawan dan sanak saudara untuk menyaksika­n konsert yang pastinya menggegark­an!

Ekspresi Negaraku akan diadakan pada 7 Mei 2017 dari jam 6.00 pagi hingga 10.30 malam bertempat di Padang Bandaran, Sandakan dan akan dilancarka­n oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Info selanjutny­a ada di www.negaraku.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia