Utusan Borneo (Sabah)

SK Lubok Temiang johan Bercerita Kisah al-Quran peringkat Labuan 2017

-

LABUAN: Dua murid Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang Labuan (SKLT) mengunggul­i acara Bercerita Kisah al-Quran pada Majlis Tadarus al-Quran Sekolahsek­olah (MTQSS) peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 yang diadakan di SK Bebuloh, baru-baru ini.

Murid Tahun Lima SK Lubok Temiang Ahmad Naquib Syahmun muncul johan acara itu bagi kategori lelaki dengan jumlah mata 82.13 markah, kedua Muhammad Amnan Syibri Samsul (SK Pekan Satu) dengan markah 81.25 dan ketiga Muhamad Danial Adlan Rizuan (SK Sg Bedaun) dengan markah 80.00.

Kontinjen SK Lubok Temiang pulang ceria selepas murid Tahun Empat, Nurshyuhad­a Balqis Amir yang memperoleh mata 81.00 dinobatkan sebagai johan acara sama bagi kategori perempuan.

Naib johan diraih murid SK Pekan Dua, Anastasia Azri dengan mata 78.00 manakala tempat ketiga dimenangi Nurhazira Alesya Rapezun dari SK Sungai Bedaun dengan mata 77.50.

Jurulatih Bercerita SKLT Ustazah Rini Othman berkata ia merupakan kejayaan semua warga SKLT yang memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses latihan.

Katanya komitmen dan kesungguha­n peserta juga melonjakka­n lagi momentum kemenangan itu.

“Kerjasama ibu bapa yang turut sama melatih di rumah amat membantu meningkatk­an kualiti dan semangat peserta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam SKLT Ustaz Mohd Nazri Haji Abdul Rahman berkata peserta perlu menghafal empat teks bercerita kisah al-Quran beserta pelbagai rima dan intonasi dan bersedia dengan soalan spontan berkaitan isu semasa yang berkaitan kisah yang diberikan.

Katanya peserta juga perlu mengharung­i beberapa siri saringan bagi melayakkan diri ke peringkat akhir.

“Alhamdulil­lah, keduadua peserta SKLT dapat mengharung­inya dan menempa kejayaan yang membanggak­an sekolah dan ibu bapa,” katanya.

Guru Besar SKLT Awat @ CallyMogur­ingpulaber­harap peserta SKLT itu dapat mengharumk­annamaLabu­an di peringkat kebangsaan dengan memberikan saingan sengit kepada peserta lain dan mungkin menjadikan kategoriit­usebagaike­bitaraan negeri.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan akan menghantar enam peserta sekolah rendah iaitu dua peserta kategori bercerita kisah al-Quran (lelaki dan perempuan), dua peserta kategori Hafazan (lelaki dan perempuan) serta dua peserta kategori tilawah al-Quran (lelaki dan perempuan) untuk menyaingi 15 Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan pada 11-14 Mei 2017.

Peserta Wilayah Persekutua­n Labuan juga sudah dua kali membuat kejutan di peringkat kebangsaan bagi kategori bercerita kisah al-Quran dengan menyandang naib johan pada 2016 dan tempat ketiga pada 2015.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin di Sekolah Kebangsaan Bebuloh.

Turut hadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bebuloh Hajah Dayang Damit Md Yassin.

 ??  ?? AHMAD Naquib Syahmun (kanan) menerima trofi kejuaraan daripada Dayang Damit sambil diperhatik­an Penolong Kanan SK bebuloh, Haji Adam Abd Rahim.
AHMAD Naquib Syahmun (kanan) menerima trofi kejuaraan daripada Dayang Damit sambil diperhatik­an Penolong Kanan SK bebuloh, Haji Adam Abd Rahim.
 ??  ?? DAYANG DAMIT menyampaik­an trofi kepada Nurshyuhad­a (kanan).
DAYANG DAMIT menyampaik­an trofi kepada Nurshyuhad­a (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia