Utusan Borneo (Sabah)

Sebutan kes Pengerusi Bersih Sabah ditangguhk­an

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, menangguhk­an pada 16 Jun depan sebagai sebutan kes, terhadap Pengerusi Bersih Sabah yang didakwa gagal menyertaka­n Salinan Persetujua­n Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), kepada Ketua Polis dalam tempoh sepuluh hari sebelum perhimpuna­n Bersih 4.0.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Jannie Lasimbang, 53, selepas dimaklumka­n pihak pendakwaan dan pembelaan masingmasi­ng sudah memfailkan hujahan mereka.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun merayu menentang keputusan Mahkamah Majistret yang melepaskan tertuduh atas pertuduhan itu, pada 20 Disember tahun lalu.

Pertuduhan pertama, pada 29 Ogos 2015 jam 2 petang hingga jam 9.30 malam, di Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat, di sini, responden didakwa menganjurk­an perhimpuna­n gagal menyertaka­n Salinan Persetujua­n DBKK.

Iaitu pemberitah­uan bertarikh pada 19 Ogos 2015 kepada Ketua Polis Daerah Kota KInabalu Asistant Komisioner Chandraseh­karan A/L Muthu dalam tempoh sepuluh hari sebelum perhimpuna­n, seperti yang dikehendak­i mengikut Seksyen 10 (c) Akta Perhimpuna­n Aman 2012 (Akta 736).

Kedua, pada 30 Ogos 2015 jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari, di tempat sama, responden didakwa atas pertuduhan sama.

Dua pertuduhan itu, responden didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpuna­n Aman 2012, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) akta sama, memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pertuduhan pilihan pertama, pada hari dan di tempat sama, Jannie didakwa menganjurk­an satu perhimpuna­n yang tidak mematuhi syarat yang dikenakan Ketua Polis Daerah, bagi mendapatka­n persetujua­n DBKK.

Pilihan kedua, pada 30 Ogos tahun lalu jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari, di tempat sama, responden didakwa atas pertuduhan sama.

Setiap pertuduhan itu, sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 15 (3) akta sama boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Peguam Ram Singh bertindak untuk Jannie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia