Utusan Borneo (Sabah)

Menceroboh kilang, lelaki kena penjara dua bulan dan denda

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan menceroboh masuk ke kawasan sebuah kilang.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Benjamin Mohd Mutanil selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduhdi­dapatimela­kukankesal­ahan itu pada 27 April tahun ini jam 4 pagi, di sebuah kilang di Penampang.

Mahkamah juga memerintah­kan Benjamin membayar denda sebanyak RM500 atau penjara 14 hari.

Sementara itu, seorang lelaki dikenakan penjara 15 bulan oleh mahkamah selepas mengaku bersalah atas dua kesalahan mencuri.

Richard Lim Kim Khuan yang didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, mencuri sebuah komputer riba bernilai RM1,300 dan sebuah telefon bimbit, pada 10 dan 11 April lalu di Kompleks Karamunsin­g di sini.

Dalampadai­tu,mahkamahme­netapkan pada 19 Mei depan untuk pengurusan kes terhadap Wong Ming Teck@ Rudy Wong, 40, selepas mengaku tidak bersalah untuk dua pertuduhan terbabit.

Sementara menunggu kes itu selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM2,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Sekali lagi, Wong bersama dengan seorang wanita Monika Ema Kornelis, 21, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melupuskan sebuah komputer riba.

Oleh itu, Jessica menetapkan pada tarikh yang sama sebagai pengurusan kes terhadap kedua-dua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 11 April tahun ini jam 12.15 tengah hari di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini.

Bagaimanap­un, menunggu kes berkenaan selesai mahkamah memberikan mereka ikat jamin sebanyak RM2,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia