Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Tingkatan Enam Tawau terima hampir 500 pelajar baharu

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pusat Tingkatan Enam Mod 1 ke-13 di Malaysia iaitu Kolej Tingkatan Enam Tawau (KT6T) menerima hampir 500 pelajar baharu Tingkatan Enam Sesi 2017/ 2018 mengikut rekod semasa.

KT6T memulakan operasi penuhnya pada 3 Januari 2017 melibatkan seramai 460 pelajar (kini pelajar Tingkatan Enam Atas), sekaligus menjadikan­nya Pusat Tingkatan Enam Mod 1 ke-dua di Sabah dan pertama di Pantai Timur Sabah.

Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya KT6T bersama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) menyediaka­n pelbagai pengisian sepanjang Program Orientasi dan Permuafaka­tan Bersama Ibu Bapa 2017 berlangsun­g.

Antaranya, taklimat hala tuju pelajar, pendedahan mata pelajaran, pakej yang ditawarkan, hal ehwal pelajar, ko-kurikulum, sistem modular, dan penjenamaa­n semula Tingkatan Enam.

Pengetua Cemerlang KT6T Juriah Ahmad berkata kolej itu menghimpun­kan pelajarpel­ajar dari lima buah sekolah seperti SMK Jambatan Putih, SMK Kuhara, SMK Tawau, SMK Jalan Apas dan SM St Patrick.

“Program orientasi melibatkan kumpulan pelajar Tingkatan Enam Rendah ini dijalankan dari 4 sehingga 19 Mei kelak,” katanya, ketika ditemui pemberita di sini, kelmarin.

Juriah berkata kolej itu juga menempatka­n seramai 92 guru terlatihda­nberpengal­amanyang diyakini mampu membantu meningkatk­an prestasi pelajarpel­ajar mereka.

Mengulas lanjut, beliau menetapkan sasaran untuk menjadikan institusi pendidikan baharu itu sebagai antara yang terbaik di Malaysia dan mencapai tahap antarabang­sa.

“Kita mempunyai premis bangunan dan pentadbira­n yang tersendiri, guru yang dilantik khas dan suasana persekitar­an pengajaran dan pembelajar­an pra-universiti yang kondusif.

“Kita berazam untuk menjadikan pelajar-pelajar kolej ini bukan hanya cemerlang dan terbaik dari segi pencapaian akademikny­a tetapi baik sahsiah peribadiny­a.

“Kita berharap pelajarpel­ajar kita ini juga mampu menjadi insan-insan yang berakhlak tinggi, menjaga adab budaya, berdisipli­n dan cemerlang di dunia dan akhirat,” katanya.

Sehubungan itu pelajarpel­ajar KT6T diharap dapat menghargai peluang dan masa yang ada untuk menimba ilmu pengetahua­n serta membina sahsiah diri masing-masing.

Menurutnya, pelajar-pelajar Tingkatan Enam juga tidak seharusnya meneruskan sikap skeptikal dan memandang rendah terhadap Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“STPM adalah destinasi terbaik pelajar selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana sijil ini berkualiti tinggi malah diiktiraf di seluruh negara Komanwel,” katanya.

Tingkatan Enam juga disifatkan menjimatka­n kos dan masa belajar, malah KT6T sendiri boleh menjadi platform terbaik untuk pelajar menyesuaik­an diri dengan suasana sebenar berada di Institusi Pengajian Tinggi.

Untuk rekod, KT6T sebelum ini dikenali sebagai SMK Kabota Tawau yang ditubuhkan semenjak 12 Jun 1995 sebagai cawangan SMK Kuhara sebelum dijenamaka­n semula atas inisiatif Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Darman Shah Asakil.

 ??  ?? JURIAH, kakitangan KT6T meluangkan masa bergambar bersama pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sesi 2017/ 2018 sempena minggu orientasi yang diadakan.
JURIAH, kakitangan KT6T meluangkan masa bergambar bersama pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sesi 2017/ 2018 sempena minggu orientasi yang diadakan.
 ??  ?? JURIAH yang ditemani Penolong Kanan Pentadbira­n KT6T Norlela Ansley beramah-mesra dengan pelajar-pelajar baharu.
JURIAH yang ditemani Penolong Kanan Pentadbira­n KT6T Norlela Ansley beramah-mesra dengan pelajar-pelajar baharu.
 ??  ?? JURIAH optimis KT6T menyediaka­n suasana persekitar­an pengajaran dan pembelajar­an pra-universiti yang kondusif.
JURIAH optimis KT6T menyediaka­n suasana persekitar­an pengajaran dan pembelajar­an pra-universiti yang kondusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia