Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah khas ahli Umno berjasa Cadangan Umno Keningau sempena ulang tahun Umno ke-71

- Oleh DELLROY

Pemberian anugerah itu penting kerana akan menjadi contoh terbaik kepada susurgalur keluarga mereka, kuhsusnya kepada ahli Umno ketika ini untuk terus berbakti

negara.” kepada rakyat dan DATUK HAJI SAIRIN KARNO Ketua Bahagian Umno Keningau

KENINGAU: Umno Bahagian Keningau mencadangk­an kepada Umno Pusat agar dapat memberi satu anugerah khas kepada ahli Umno terdahulu di negeri ini bagi menghargai jasa pengorbana­n serta khidmat mereka kepada parti serta masyarakat, sempena ulang tahun Umno ke-71.

Ketua Bahagian Umno Keningau Datuk Haji Sairin Karno berkata, pemberian anugerah itu penting kerana akan menjadi contoh terbaik kepada susur-galur keluarga mereka, kuhsusnya kepada ahli Umno ketika ini untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyambut ketibaan rombongan konvoi larian bendera Umno peringkat negeri Sabah sempena ulangtahun Umno ke 71 di perkaranga­n pejabat Umno Bahagian Keningau di sini pada Khamis.

Sairin yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, anugerah khas yang dicadangka­n adalah mengambil kira kesetiaan pejuang dalam parti.

Ahli Dewan Negeri (Adun) Liawan itu berkata, dalam menghadapi PilihanRay­a Umum PRU Ke-14 nanti, Umno bahagian Keningau bersiap-siaga membantu mana-mana calon Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, ketua konvoi rombongan itu yang juga Ketua Pemuda Umno Ranau Faez Nordin berkata, program berkenaan bertepatan dalam mendokong aspirasi parti mendekatka­n diri bersama masyarakat setempatku­hsusnyagol­ongan muda di luar bandar.

Katanya, konvoi itu mula berlepas di Kota Kinabalu pada 1 Mei lalu seterusnya menjelajah ke umno Bahagian Pensiangan, Keningau, Tenom, Sipitang, Beaufort, Kimanis, Papar, Putatan dan Penampang.

Terdahulu rombongan konvoi disambut oleh Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin dan Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman bersama dengan barisan kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pensiangan.

Turut sama menyambut rombongan konvoi ialah Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan dan pemimpinpe­mimpin masyarakat.

 ??  ?? FAEZ menyampaik­an cendera kenangan kepada Sairin.
FAEZ menyampaik­an cendera kenangan kepada Sairin.
 ??  ?? GHANI (berdiri tengah) dan Jehan bersama barisan AJK ahli-ahli Umno Pensiangan berarak selepas menyambut ketibaan para rombongan.
GHANI (berdiri tengah) dan Jehan bersama barisan AJK ahli-ahli Umno Pensiangan berarak selepas menyambut ketibaan para rombongan.
 ??  ?? GHANI (berdiri tengah) dan Jehan bersama barisan AJK ahli-ahli Umno Pensiangan mengabadik­an gambar kenangan selepas menyambut ketibaan para rombongan.
GHANI (berdiri tengah) dan Jehan bersama barisan AJK ahli-ahli Umno Pensiangan mengabadik­an gambar kenangan selepas menyambut ketibaan para rombongan.
 ??  ?? GHANI,Fredian dan AJK Bahagian Umno Pensiangan bersama para rombongan konvoi bergambar di rumah kebudayaan suku kaum Murut.
GHANI,Fredian dan AJK Bahagian Umno Pensiangan bersama para rombongan konvoi bergambar di rumah kebudayaan suku kaum Murut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia