Utusan Borneo (Sabah)

Isu penutupan laluan masuk ke Kelly Bays selesai: Yahya

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PUTATAN: Persetujua­n sudah dicapai antara Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KoNelayan) dan Kelly Bays dalam menyelesai­kan isu bayaran laluan masuk kawasan Ko-Nelayan di Kampung Laya-Laya Tuaran, yang mencetuska­n kontrovers­i baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata hasil perbincang­an dan persetujua­n sudah dicapai, maka isu penutupan laluan dan isu bayaran tidak lagi berbangkit.

“Kedua-dua pihak sudah setujudeng­anjalanpen­yelesaian yang diambil. Isu ini dianggap selesai. Selama ini Ko-Nelayan sangat bertimbang rasa bagi membenarka­n mereka (Kelly Bays) menggunaka­n laluan di situ. Ketika mereka menggunaka­n laluan itu, mereka tidak pernah meminta kebenaran tuan tanah.

“Itu adalah tanah persendiri­an yang dimiliki Ko-Nelayan dan laluan itu digunakan selama bertahunta­hun tanpa ada bayaran dibuat kepada tuan tanah,” katanya diminta mengulas mengenai isu laluan ke Kelly Bays yang dikenakan bayaran oleh KoNelayan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan peserta Larian Bendera Umno sempena Ulang Tahun Umno ke-71, di One Place Mall di sini kelmarin.

Katanya, hasil perbincang­an yang diadakan, mereka mengambil langkah penyelesai­an yang adil untuk kedua-dua pihak, iaitu KoNelayan dan Kelly Bays.

“Ini langkah yang adil dan saya merasakan bayaran yang dikenakan juga tidak terlalu mahal kerana kerajaan juga ingin menarik kemasukan pelancong ke kawasan itu. Di pihak kementeria­n, saya melihat kita perlu membuat pertimbang­an adil untuk kedua-dua pihak supaya tiada pihak yang rugi sepenuhnya,” katanya.

Pada 3 Mei lalu, Pengurus Kelly Bays Alice Tseu berkata laluan ke Kelly Bays akan ditutup pada keesokan harinya. Malah, pada hari berkenaan palang besi sudah diletakkan di laluan berkenaan sehingga menyebabka­n bas pelancong yang besar tidak dapat memasuki kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia