Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Sehenti pelanconga­n Semporna

Sebagai rujukan pelancong domestik dan antarabang­sa

-

Pusat yang berkonsep in-situ iaitu memusatkan semua agensi dan pengusaha pelanconga­n sedia ada ini akan dilengkapi dengan pelbagai prasarana, serta bakal menjadi mercu tanda pelanconga­n baharu Semporna sekali gus akan menjanaini. ekonomi di daerah DATUK RAMLEE MARAHABAN Pembantu Menteri Kewangan Sabah

SEMPORNA: Pusat Sehenti Pelanconga­n bertaraf antarabang­sa akan diwujudkan di Semporna bagi menyalurka­n maklumat dan rujukan kepada pelancong domestik dan antarabang­sa mengenai produk pelanconga­n setempat.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata pewujudan pusat itu antara usaha untuk menarik lebih ramai kemasukan pelancong selain para pelabur yang berminat melabur dalam sektor pelanconga­n di Semporna.

“Pusat yang berkonsep in-situ iaitu memusatkan semua agensi dan pengusaha pelanconga­n sedia ada ini akan dilengkapi dengan pelbagai prasarana, serta bakal menjadi mercu tanda pelanconga­n baharu Semporna sekali gus akan menjana ekonomi di daerah ini.

“Ini juga akan memberi peluang untuk lebih banyak pengusaha pelanconga­n tempatan terlibat aktif seterusnya mencipta peluang-peluang pekerjaan kepada anakanak Semporna, “katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan perlawanan akhir bola keranjang peringkat Kampung Srijaya, mukim Simunul di sini.

Dalam pada itu katanya, Semporna merekodkan purata 1,000 kemasukan pelancong setiap hari dan ini jelas mengukuhka­n lagi keperluan pewujudan pusat sehenti itu.

“Sebanyak 80 peratus pelancong direkodkan dari China selain pelancong dari 14 negara lain termasuk Kanada, Jepun dan Korea,” katanya lagi.

Sementara itu, Ramlee turut mengumumka­n akan membina gelanggang bola keranjang baharu di Kampung Srijaya untuk digunakan belia mukim Simunul dan warga Semporna bagi aktiviti riadah dan sukan.

Katanya, pembinaan gelanggang itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk membudayak­an masyarakat sihat melalui aktiviti sukan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia