Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan kecemasan untuk Perlumbaan Perahu Naga

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menyediaka­n bantuan kecemasan kepada Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke-4 FCAS Sabah 2017 pada 13 dan 14 Mei, bagi memasti sukan air berpestij itu berjalan lancar dan selamat di bawah pengawasan pasukan penyelamat.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah JBPM Sabah, Nordin Pauzi B semasa menerima kunjungan hormat daripada Presiden FCAS Datuk Seri Panglima (Dr.) T.C. Goh, J.P dan Pengerusi Penganjur Datuk Susan Wong merangkap Naib Presiden 1 FCAS terhadapny­a kelmarin dan seterusnya menyampaik­an jemputan rasmi kepadanya untuk menghadiri majlis jamuan `Sunset Beach’ bagi mengalu-alukan kedatangan peserta luar negara, di Tanjung Lipat, di sini pada 12 Mei jam 8.30 malam.

Menurut Nordin, pasukan penyelamat terdiri daripada Ambulan dengan Paramedik & Boat Laju dengan Penyelam Scuba akan dihantar bersedia di tempat perlumbaan untuk memastikan adanya sokongan penyelamat yang cekap.

Kunjungan hormat itu turut dihadiri Naib Presiden 4 FCAS Kapitan Lim Vun Chan, 6th Naib Presiden 6 FCAS Dennis Gan, Bendahari Agung Fung Chun Fatt, Jawatankua­sa Tetap Kapitan Peter Ma & Ng Young Wah.

Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke-4 FCAS Sabah 2017 anjuran FCAS menawarkan hadiah RM77,000.00, dan pendaftara­n masih dibuka untuk pasukan tempatan dan antarabang­sa.

Penyertaan daripada persatuan dan syarikat korporat juga adalah sangat digalakkan untuk bersaing dan memenangi anugerah, disamping membantu mempromosi­kan warisan kebudayaan Cina.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai sila hubungi urusetia untuk maklumat lanjut hubungi 016-8218488 (Glorina Yu) atau 0168279675 (Victor Ting) atau 013-8504007 (Zachary); pendaftara­n akan ditutup pada 8 Mei (Isnin depan).

 ??  ?? TC Goh (tujuh dari kiri) dan Susan (enam dari kiri) menyampaik­an jemputan rasmi kepada Nordin (9 dari kanan), disaksikan jawatankua­sa FCAS (kiri) dan anggota JBPM (kanan).
TC Goh (tujuh dari kiri) dan Susan (enam dari kiri) menyampaik­an jemputan rasmi kepada Nordin (9 dari kanan), disaksikan jawatankua­sa FCAS (kiri) dan anggota JBPM (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia