Utusan Borneo (Sabah)

‘That Woman’ karya seni pelajar FKSW menang Dokumentar­i Terbaik

-

KOTA KINABALU: Karya pelajar tahun akhir program Seni Visual Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Faezah Nor Saddi dinobatkan sebagai Dokumentar­i Terbaik pada Flicks Fiesta SEA 2017 yang berlangsun­g di KDU Penang University College, barubaru ini.

Karya bertajuk ‘That Woman’ itu menceritak­an tentang perjalanan perubahan kehidupan seorang wanita yang kembali bangkit selepas hubungan bersama teman lelakinya berakhir, sekali gus merubah wanita tersebut menjadi seorang yang positif, disiplin dan fokus.

Faezah ketika dihubungi berkata, karya ini dihasilkan untuk memberi semangat kepada orang ramai tentang pentingnya bersikap positif dalam berdepan apapun cabaran dan dugaan hidup.

“Idea ini datang dari saya sendiri. Sebagai pelajar yang baru mempelajar­i bidang penulisan skrip, saya lebih suka mengambil idea dari persekitar­an saya dan watak utama dalam karya ini adalah rakan baik saya sendiri,” ujarnya.

Tambah beliau, dokumentar­i berdurasi 15 minit itu mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan dengan bantuan pensyarah beliau dan krew produksi.

Pada pertanding­an itu, karya ‘That Woman’ turut dicalonkan dalam kategori Life Impact Award.

Beliau yang diwakili oleh adiknya pada malam anugerah berkenaan tidak menyangka karya beliau akan memberi kemenangan.

“Kami menyertai pertanding­an ini pada pertengaha­n bulan Mac lalu. Mulanya saya dan krew hanya menurut arahan daripada pensyarah untuk menghantar penyertaan sahaja.

“Memang tidak sangka akan tercalon dalam mana-mana kategori. Namun apabila diberitahu karya ini tercalon dalam dua kategori, saya dan krew tidak meletakkan harapan yang tinggi.

“Bagi kami, jika kemenangan itu berpihak kepada kami, ia satu bonus dan alhamdulil­lah ini rezeki untuk semua yang terlibat.

“Saya rasa gembira dan terharu atas kejayaan ini,” katanya yang sedang sibuk membuat persiapan projek akhir semester beliau.

Kejayaan ‘That Woman’ sekali gus membuka ruang kepada beliau dan rakanrakan untuk membawa lebih banyak karya mereka ke pentas pertanding­an pada masa akan datang.

Selain trofi, mereka turut menerima wang tunai, sijil penyertaan dan baucer pembelian.

 ??  ?? FAEZAHNOR rakan-rakan beliau yang juga merupakan krew produksi ‘That Woman’.
FAEZAHNOR rakan-rakan beliau yang juga merupakan krew produksi ‘That Woman’.
 ??  ?? FAEZAHNOR bersama trofi kemenangan.
FAEZAHNOR bersama trofi kemenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia