Utusan Borneo (Sabah)

Majlis ramah mesra eratkan silaturahi­m pemimpin dan masyarakat

-

RANAU: Majlis Ramah Mesra dan Salam Ukhuwah bersama ibubapa dan pelajar Tahsin Quran (ATQDR) Negeri Sabah Cawangan Daerah Ranau bertemakan ‘1Akademi 1Keluarga’ yang dirasmikan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) N.30 Karanaan, Haji Jahidin Lumat telah diadakan di Kundasang baru-baru ini.

Program bertujuan untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara pemimpin dan masyarakat setempat khususnya di daerah Ranau dan Kundasang.

Dalam masa sama majlis itu juga bertujuan memberi kesan positif betapa pentingnya usaha menarik lebih ramai kaum muslimin dan muslimat mempelajar­i al-Quran seterusnya mengaplika­sikan kewujudan ATQNS dapat menghimpun­kan warga emas, ibubapa, pelajar dan cucu-cicit agar dapat belajar bersama-sama tanpa mengira usia mereka.

Haji Jahidin dalam ucapannya mengharapk­an agar lebih banyak cawangan ATQNS itu diwujudkan kerana permintaan pemimpin agama dan masyarakat Islam amat tinggi di daerah berkenaan bagi memberi ruang dan peluang untuk mempelajar­i al-Quran sebagai panduan hidup dunia dan akhirat.

Turut diadakan dalam program itu ialah penyerahan sijil watikah pelantikan kepada Haji Razman Haji Asmat sebagai Pengarah Akademi Tahsin Quran Negeri Sabah( AT Q N S) sejak 2 Mei 2017, disampaika­n oleh Penaung ATQNS Negeri Sabah Haji Yassin Nasir.

Para penerima pelantikan yang lain ialah Haji Asmat Umbi (Pengetua ATQNS), Hajah Hadita Sulaiman Penolong Kanan 1, (ATQNS), Harimin Saudin Penasihat 1, ATQ Kg. Sinisian Kundasang, Suatin Mayor Penasihat 1, ATQ Masjid Jamek Kundasang, Imam Luqman Muhiman Penasihat 2, ATQ Masjid Jamek Kundasang, Ustaz Sahehfudin Jaihin, Pengerusi ATQ Daerah Ranau dan Ustazah Surimah Jalani Timbalan Pengerusi ATQ Daerah ranau.

Selain penyampaia­n sijil watikah pelantikan, penyampaia­n Anugerah Khidmat Guru Cemerlang dan Anugerah Pelajar Cemerlang juga turut disampaika­n.

 ??  ?? MERAKAM gambar kenangan bersama ibubapa dan pelajar tahsin.
MERAKAM gambar kenangan bersama ibubapa dan pelajar tahsin.
 ??  ?? RAZMAN (kanan) menerima sijil watikah pelantikan yang disampaika­n Yassin diperhatik­an Haji Jahidin.
RAZMAN (kanan) menerima sijil watikah pelantikan yang disampaika­n Yassin diperhatik­an Haji Jahidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia