Utusan Borneo (Sabah)

Ikan bebatik Ajamain bernilai RM17,000

-

IKAN bebatik seberat 3.48 kilogram menobatkan Ajamain Zaman sebagai juara Pertanding­an Memancing Pesisir Pantai, sempena Labuan Internatio­nal Sea Challenge (LISC) 2017 sekaligus membawa pulang wang tunai RM17,000 dan sebuah motosikal bernilai RM5,000.

Azman, 37, dari Kampung Bukit Kuda tidak menduga sama sekali ikan bebatik yang dinaikkann­ya pada jam 1.58 petang iaitu dua minit sebelum masa pertanding­an berakhir nyata menggembir­akan isteri dan anaknya yang turut menyaksika­n detik-detik manis beliau menaiki pentas untuk menerima hadiah lumayan yang menjadi igauan 400 pemancing lain.

Sementara itu, pemancing dari Brunei Darussalam, Mohamad Fakhri Mahmud Shahrani yang juga berazam memenangi hadiah lumayan itu terpaksa berpuas hati menduduki tempat kedua.

Beliau yang berjaya menaikkan ikan buntal seberat 2.22 kilogram pada jam 8.56 pagi menerima hadiah wang tunai RM6,000 dan televisyen 32 inci.

Pemancing dari Kampung Merinding, Mohd Faizal Saidin menduduki tempat ketiga meraih RM3,000.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Perbadanan Labuan Mahathir Abd Hamid, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Labuan yang juga pengerusi penganjur Murshidi Juanah dan Ketua Upko Labuan Ronald James Majaing.

Pertanding­an Memancing Pesisir Pantai 2017 yang bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang anjuran Perbadanan Labuan dan Pemuda Umno Bahagian Labuan telah disertai oleh 400 pemancing dari Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei di Pantai Tanjung Purun, Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.

Sementara itu, Murshidi yang mewakili Ketua Pemuda Umno Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan mengucapka­n terima kasih di atas sokongan padu Perbadanan Labuan yang menjayakan pertanding­an itu.

“Kami juga yakin dan percaya kehadiran kaki pancing dari dalam dan luar negara akan membantu menjana ekonomi dan merancakka­n lagi industri pelanconga­n Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

 ??  ?? AJAMAIN (lima kanan), Muhamad Fakhiri (dua kiri) dan Mohd Azman (dua kanan) bersama hadiah yang dimenangi. Turut kelihatan Rozman (tiga kanan), Mahathir (kiri) dan Murshidi (kanan).
AJAMAIN (lima kanan), Muhamad Fakhiri (dua kiri) dan Mohd Azman (dua kanan) bersama hadiah yang dimenangi. Turut kelihatan Rozman (tiga kanan), Mahathir (kiri) dan Murshidi (kanan).
 ??  ?? AJAMAIN menerima hadiah daripada Rozman (dua kanan) sambil diperhatik­an Ronald (tiga kiri), Mahathir (kiri) dan Murshidi (kanan).
AJAMAIN menerima hadiah daripada Rozman (dua kanan) sambil diperhatik­an Ronald (tiga kiri), Mahathir (kiri) dan Murshidi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia