Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sokong festival suku kaum

Dapat memupuk semangat saling membantu dan hormat-menghormat­i

-

MATUNGGONG: Kerajaan negeri sentiasa menyokong sebarang aktiviti dan festival yang baik serta berfaedah anjuran suku-suku kaum di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, walaupun terdiri dari pelbagai bangsa atau suku kaum, sifat bekerjasam­a, saling bantu membantu dan hormat menghormat­i perlu dikekalkan.

“Ini adalah cara kita, dengan adanya kestabilan dan keamanan kita boleh merancang dan bangunkan kawasan untuk kesejahter­aan dan kepentinga­n rakyat,” katanya.

Jelas Musa, beliau dan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan­dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun turun ke Matunggung sebagai tanda sokongan dan mahu mempromosi­kan Matunggong sebagai destinasi pelancong dari dalam mahupun luar negeri.

Musa turut meluluskan peruntukan untuk membina Galeri Rungus di Matunggong dengan jumlah peruntukan yang akan diumumkan kemudian selain peruntukan sebanyak RM10 ribu untuk keperluan SMK Teringai Darat.

“Mana-mana yang memerlukan peruntukan kecil, kerajaan akan mempertimb­angkannya setelah berbincang dengan pemimpin tempatan, bagi yang memerlukan peruntukan besar saya berjanji akan merundingk­an dengan kerajaan pusat,” katanya semasa merasmikan Festival Budaya Rungus Sabah 2017, pada khamis.

Festival Budaya Rungus Sabah 2017 yang julung kali dianjurkan Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) mendapat sambutan baik bukan sahaja di kalangan suku kaum Rungus Daerah Kudat, malahan dari etniketnik lain yang terdapat disekitar Matunggong.

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknolongi Hijau dan Air merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili, Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Penaung PRBS Madiyem Layapan, Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi, Presiden PRBS merangkap Pengerusi Penganjur OKK Mokinsos Nawai, KetuaKetua Komponen Parti Barisan Nasional dan KetuaKetua Jabatan.

Ini adalah cara kita, dengan adanya kestabilan dan keamanan kita boleh merancang dan bangunkan kawasan untuk kesejahter­aan dan kepentinga­n rakyat. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN Ketua Menteri Sabah

 ??  ?? MUSA (empat kiri) memukul gong sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian sambil diperhatik­an tetamu kehormat lain.
MUSA (empat kiri) memukul gong sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian sambil diperhatik­an tetamu kehormat lain.
 ??  ?? (Gambar kanan) MUSA (tengah) mencuba kebolehan menumbuk padi beramai-ramai bersama Maximus (paling kiri) dan Anita (kiri).
(Gambar kanan) MUSA (tengah) mencuba kebolehan menumbuk padi beramai-ramai bersama Maximus (paling kiri) dan Anita (kiri).
 ??  ?? MUSA dipakaikan baju tradisi kaum Rungus setibanya di majlis itu.
MUSA dipakaikan baju tradisi kaum Rungus setibanya di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia