Utusan Borneo (Sabah)

Lebih matang berpolitik

Rekod 25 tahun Umno bertapak di Sabah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Rekod 25 tahun Umno Sabah menunjukka­nnya lebih matang berpolitik sekalipun menjadi adik bongsu Umno dan terbukti mampu menjadi penentu utama kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Muis Picho berkata Umno Sabah sudah membuktika­n kewibawaan­nya dalam menggalas tugas yang diharapkan.

“Berdasarka­n rekod pilihan raya terdahulu juga, kita lihat harapan besar Umno Pusat dan BN diletakkan kepada Umno Sabah (untuk memenangi pilihan raya),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kehadiran Konvoi Larian Bendera Badan Perhubunga­n Umno Negeri Sabah sempena sambutan Hari Ulangtahun ke-71 Umno, di sini, Khamis lepas.

Konvoi itu diketuai Penolong Bendahari Pemuda Umno Sabah Faez Nordin dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Sabah Mohd Bahrin Abd Karim.

Adun Sebatik itu juga berkata Umno Kalabakan sentiasa berada teguh di belakang kepimpinan Perdana Menterisel­akuPreside­nUmno danKetuaMe­nterimeran­gkap Pengerusi Perhubunga­n Umno Negeri.

“Umno Kalabakan sentiasa memberikan­sokonganke­pada kepimpinan parti untuk meneruskan perjuangan Umno itu sendiri,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Kalabakan Andi Muhd Suryady Bandi berkata kehadiran ahli Umno di program itu menunjukka­n perpaduan kukuh termasukla­h melibatkan sayap-sayap parti seperti Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Sebagai benteng paling hadapan parti, kita di Pemuda berikar akan terus berusaha memastikan sokongan anak muda di akar umbi terus kukuh kepada Umno dan BN.

“Malah, kehadiran 50 anak muda di Parlimen Kalabakan mengiringi konvoi Umno Negeri ini menunjukka­n sokongan padu kita kepada parti dan kepimpinan,” katanya.

Sempena program itu juga, Abdul Muis turut menyempurn­akan acara simbolik penyerahan bendera Umno daripada Umno Tawau kepada Umno Kalabakan.

Untuk rekod, Umno Kalabakan menjadi destinasi ke-14 konvoi Umno Negeri dan akan diteruskan ke Pensiangan sebelum dijadual mengakhiri siri jelajahnya di Kota Kinabalu.

“Berdasarka­n

rekod pilihan raya terdahulu juga, kita lihat harapan besar Umno Pusat dan BN diletakkan kepada Umno Sabah (untuk memenangi pilihan raya). DATUK ABDUL MUIS PICHO Timbalan Ketua Umno Bahagian Kalabakan

 ??  ?? ABDUL Muis dan Andi menyempurn­akan acara simbolik pelepasan Konvoi Larian Bendera Badan Perhubunga­n Umno Negeri Sabah dari Dewan Terbuka Dato Sri Najib Merotai Besar.
ABDUL Muis dan Andi menyempurn­akan acara simbolik pelepasan Konvoi Larian Bendera Badan Perhubunga­n Umno Negeri Sabah dari Dewan Terbuka Dato Sri Najib Merotai Besar.
 ??  ?? ABDUL Muis menyifatka­n rekod 25 tahun Umno Sabah menunjukka­nnya lebih matang berpolitik walaupun menjadi adik bongsu di dalam parti itu.
ABDUL Muis menyifatka­n rekod 25 tahun Umno Sabah menunjukka­nnya lebih matang berpolitik walaupun menjadi adik bongsu di dalam parti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia