Utusan Borneo (Sabah)

Perkampung­an budaya di pedalaman

Berikutan kekayaan seni budaya pelbagai etnik di Keningau dan Pensiangan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersetuju dengan pewujudan perkampung­an budaya di Keningau dan Pensiangan memandangk­an kekayaan seni budaya pelbagai etnik di kedua-dua kawasan itu.

“Saya bersetuju dengan permintaan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili penduduk di pedalaman untuk mewujudkan perkampung­an budaya ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program NBOS 1Malaysia Voluntouri­sm Plant A Tree dan pelancaran Tahun Melawat Keningau yang diadakan di Muzium Warisan, di sini.

Bagaimanap­un, katanya, perkampung­an budaya itu tidak tertumpu kepada satu tempat sahaja dan ia perlu dilakukan secara bersama Keningau dan Pensiangan.

Katanya, untuk memudahkan pengunjung dan pelancong datang ke perkampung­an itu, ia perlu diwujudkan bersebelah­an Sungai Pegalan dengan dibina jambatan gantung bagi memudahkan pelancong bergerak dari perkampung­an budaya Keningau menyeberan­gi sungai ke perkampung­an budaya Pensiangan.

Nazri percaya keduadua kawasan Keningau dan Pensiangan masingmasi­ng mempunyai produk pelanconga­n yang unik, indah dan menarik.

“Saya akan tunaikan janji saya bahawa perkampung­an budaya ini dibina secara berhampira­n di kedua-dua kawasan Parlimen ini agar pelancong dan pengunjung dapat datang di kedua-dua perkampung­an dengan selesa,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dalam ucapannya pada program itu meminta Kerajaan Persekutua­n melalui Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan mewujudkan perkampung­an budaya di daerah ini.

Katanya, perkampung­an budaya itu dapat menarik pelancong datang ke kawasan pedalaman untuk melihat sendiri keindahan dan keunikan kesenian serta kebudayaan kepelbagai­an masyarakat di daerah ini.

“Saya berharap agar Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan dapat mempertimb­angkan permohonan ini agar pewujudan perkampung­an budaya ini dapat direalisas­ikan di daerah ini.

“Konsep perkampung­an ini juga adalah sama sepertiman­a perkampung­an yang terdapat di negeri Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Nazri memberitah­u program Plant A Tree oleh kementeria­n itu untuk daerah Keningau adalah salah satu inisiatif 1Malaysia Voluntouri­sm untuk menggalakk­an rakyat secara sukarela menyertai usaha memelihara kehijauan alam semulajadi dan mempromosi­kan industri pelanconga­n serta kebudayaan tempatan kepada pelancong asing.

Katanya, program itu juga adalah selaras dengan misi untuk mempromosi­kan Keningau sebagai ‘The Hinterland Gem of North Borneo’ dan sebagai destinasi pelanconga­n kawasan pedalaman yang baharu.

Beliau juga teruja kerana berpeluang menanam pokok yang mempunyai nilai sejarah dan sentimenta­l yang cukup tinggi bagi masyarakat di daerah ini iaitu pokok kayu manis.

“Nama Keningau adalah berasal dari perkataan ‘Koningau’ yang bermaksud pokok kayu manis yang pada suatu ketika dahulu merupakan sumber asal yang menyumbang kepada sosioekono­mi masyarakat setempat,” katanya.

Selain program Plant A Tree, kementeria­n juga melaksanak­an pelbagai usaha menyokong pelaksanaa­n Tahun Melawat Keningau 2018 seperti Tourist First pada awal bulan ini bagi menyediaka­n masyarakat Keningau menerima ketibaan pelancong asing ke daerah ini.

Nazriberka­ta,programKra­f Kampungku turut dilancarka­n untuk memperkemb­angkan potensi dan promosi kraf anyaman buluh Keningau yang berkualiti tinggi, yang telah memasuki pasaran Asia dan Eropah.

“Saya dapati bahawa Keningau merupakan daerah yang lengkap dari segi segenap aspek. Dari masyarakat­nya yang majmuk, kraftangan, pakaian, makanan, tarian, muzik, sukan, permainan dan pelbagai acara tradisi lain hinggalah ke kesan peninggala­n sejarah seperti Muzium Warisan, Batu Sumpah dan Batu Peringatan Perang.

“Saya yakin bahawa Keningau mampu menjadi aset pelanconga­n yang berharga untuk negeri Sabah jika kena dengan cara promosinya,” katanya.

Dalam pada itu, Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau merasa bangga dengan pemilihan slogan The Hinterland Gem of North Borneo sempena Tahun Melawat Keningau 2018.

Beliau percaya kerjasama pemimpin dan penduduk tempatan dapat menyumbang kepada usaha menjadikan daerah ini berdaya maju serta berdaya saing dan pada masa sama, bersetuju pemilihan industri pelanconga­n daerah ini sebagai saluran ke arah pembanguna­n ekonomi tempatan yang lebih mampan.

Menurut beliau, Keningau mempunyai pelbagai tarikan semulajadi yang berpotensi untuk terus dimajukan sebagai produk pelanconga­n terunggul di negara ini di mana terletakny­a salah satu laluan pemandanga­n terindah Banjaran Crocker yang boleh dipromosik­an sebagai ‘scenic highway’.

Selain itu, katanya, terdapat juga tarikan pelanconga­n lain seperti Gua Laing, Air Terjun Mandanan, Trusmadi, Taman Perkelahan Bandukan dan Minansut,danbanyakl­agiyang boleh dipromosik­an sebagai produk eko-pelanconga­n atau ‘nature based’.

“Kepelbagai­an suku kaum, kebudayaan dan warisan dalam masyarakat Keningau merupakan satu tarikan yang boleh diangkat untuk mempromosi­kan pelanconga­n di daerah ini seperti kraftangan dan produk kesenian tempatan selain kepelbagai­an produk berasaskan pertanian yang merupakan antara terbaik di negeri ini.

“Di samping itu, Keningau juga merupakan kawasan berpotensi tinggi bagi pelanconga­n agro yang turut didapati antaranya ladang ternakan payau, tanaman cendawan dan buah-buahan tempatan,” katanya.

Pairin berkata, industri pelanconga­n merupakan nadi penggerak pembanguna­n ekonomikhu­susnyadika­wasan pedalaman dan pada tahun ini, Tambunan menyambut Tahun Melawat Tambunan dan momentum itu diteruskan oleh Keningau melalui Tahun Melawat Keningau 2018.

Beliau menyeru belia daerah ini menyokong dan mengambil peluang secara aktif dalam program NBOS 1Malaysia Voluntouri­sm Plant A Tree dengan bergiat secara aktif dalam pembanguna­n industri pelanconga­n Keningau bermula dengan aktiviti sukarelawa­n.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Alfred Ellron Angin, dan Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Haji Ombi.

Turut hadir, Senator Datuk Dr Lucas Umbul, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelanconga­n) Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Nur Yahati Awang, Pegawai Daerah Keningau Haji Yusop Haji Osman, Pegawai Daerah Tambunan Thomas Logijin dan Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan.

“Perkampung­an budaya itu tidak tertumpu kepada satu tempat sahaja dan ia perlu dilakukan secara bersama Keningau dan Pensiangan. DATO SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan

 ?? Gambar atas ?? NAZRI tertarik melihat beliawanis melakukan kerja membuat anyaman buluh.
Gambar atas NAZRI tertarik melihat beliawanis melakukan kerja membuat anyaman buluh.
 ?? Gambar kanan ?? KETIBAAN Nazri yang diiringi oleh Kamarlin diberikan sambutan dengan penuh tradisi, tarian dari suku kaum Murut.
Gambar kanan KETIBAAN Nazri yang diiringi oleh Kamarlin diberikan sambutan dengan penuh tradisi, tarian dari suku kaum Murut.
 ??  ?? NAZRI (empat kiri) bersama Pairin (tiga kiri), Kurup (kiri), Masidi (tiga kanan), Yusop (dua kiri), pegawai-pegawai kerajaan dan pengusaha pelanconga­n selepas melancarka­n Tahun Melawat Keningau 2018.
NAZRI (empat kiri) bersama Pairin (tiga kiri), Kurup (kiri), Masidi (tiga kanan), Yusop (dua kiri), pegawai-pegawai kerajaan dan pengusaha pelanconga­n selepas melancarka­n Tahun Melawat Keningau 2018.
 ??  ?? NAZRI bersama Kamarlin melihat ukiran ikan emas dan ayam yang diperbuat daripada fibre.
NAZRI bersama Kamarlin melihat ukiran ikan emas dan ayam yang diperbuat daripada fibre.
 ??  ?? AHLI sukarelawa­n bergambar dengan Nazri dan Kamarlin sebelum majlis itu bermula.
AHLI sukarelawa­n bergambar dengan Nazri dan Kamarlin sebelum majlis itu bermula.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia