Utusan Borneo (Sabah)

Panitia Pendidikan Islam SKK Rancha-Rancha kelola ceramah Israk Mikraj

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan RanchaRanc­ha (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan) telah mengadakan sambutan Israk Mikraj yang dihadiri 310 murid yang beragama Islam dan seramai 33 guru pada Khamis lalu.

Penolong Pengurus Pusat Pungutan Zakat (PPZ) WP Labuan, Ustaz Ahmad Shahrizal Mohd Saffian menyampaik­an ceramah Israk Mikraj bersempena sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2017 yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam yang diadakan di Dewan SK Rancha-Rancha.

Ahmad Shahrizal yang hadir bersama lapan pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran AlBadr Taman IOFC Kerupang 2 turut membuka kaunter PPZ kepada warga sekolah.

Objektif utama Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2017 ini adalah untuk memberi pendedahan kepada muridmurid berkaitan peristiwa Israk Mikraj dan iktibarnya kepada seluruh umat Islam.

Ustaz Ahmad Shahrizal dalam ceramahnya berkata peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu mukjizat yang besar yang dianugerah­kan kepada Rasullulla­h Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW).

Katanya, Israk itu adalah perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin manakala Mikraj pula ialah keadaan baginda semasa terus dibawa ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha.

Peristiwa itu berlaku pada 27 Rejab sebagai memberikan kekuatan batin kepada Baginda dalam memperjuan­gkan dan menegakkan agama Allah.

Menurut beliau lagi, pengajaran yang besar daripada Israk dan Mikraj ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat.

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah SAW ditunjukka­n peristiwa ajaib dalam perjalanan itu.

Misalnya, Nabi diperlihat­kan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitah­u Rasulullah SAW: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”

Selain itu, kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolaholah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilill­ah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

Guru Besar SK RanchaRanc­ha (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan), Norinnie Kassim dalam ucapannya berharap agar program ini dapat memberi impak kepada semua murid.

 ??  ?? USTAZ Ahmad Shahrizal (lima kanan) dan Norinnie (dua kiri) bergambar kenangan bersama PK HEM, Rositah Abd.
USTAZ Ahmad Shahrizal (lima kanan) dan Norinnie (dua kiri) bergambar kenangan bersama PK HEM, Rositah Abd.
 ??  ?? MURID-murid sedang mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaika­n oleh Ustaz Ahmad Shahrizal.
MURID-murid sedang mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaika­n oleh Ustaz Ahmad Shahrizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia