Utusan Borneo (Sabah)

Hari Pendaftara­n Pusat Tingkatan 6 SMK Datuk Pengiran Galpam berjalan lancar

-

PUSAT Tingkatan 6 (Mod 2) SMK Datuk Pengiran Galpam di Sandakan sekali lagi menerima kemasukan pelajar baharu Tingkatan 6 Rendah sesi 2017/2018 pada 2 Mei lepas.

Penolong Kanan Anitha Vincent berkata segala proses pendaftara­n dalam dewan sekolah (Dewan Pahlawan) dan programpro­gram yang berlangsun­g pada hari itu berjalan dengan lancar.

Katanya satu taklimat ringkas tentang proses pendaftara­n dan tawaran subjek telah disampaika­n oleh ketua Jabatan Sains sebelum proses pendaftara­n bermula.

“Seramai 249 pelajar telah mendaftark­an diri pada hari berkenaan di mana para pelajar baharu ini akan menyertai Program Orientasi Pelajar Baru yang bermula sehari selepas pendaftara­n, selama seminggu. Program ini dikendalik­an oleh para pensyarah dengan kerjasama para pelajar semester 2,” katanya.

Beliau berkata pameran akademik yang diadakan dalam bilik darjah pula terdiri daripada 16 gerai dan dikendalik­an oleh pelajar semester 2 sebagai platform untuk menyebarka­n maklumat tentang subjeksubj­ek yang ditawarkan di pusat ini, termasukla­h sukatan pelajaran dan juga bahan rujukan yang digunapaka­i.

Katanya sebanyak 11 gerai makanan anjuran Persatuan Tingkatan Enam (PTEN) telah beroperasi pada hari itu di sepanjang lorong laluan di tepi dewan sekolah di mana pelbagai makanan ‘homemade’ para pelajar semester 2 dijual.

Anitha berkata selain dapat memeriahka­n suasana, program itu secara langsung atau tidak langsung dapat memupuk minat pelajar dalam bidang perniagaan dan juga kemahiran sara hidup.

Program Derma Darah anjuran Unit Kesihatan sekolah juga berjalan lancar di mana sebanyak 42 paket darah telah dapat dikumpul.

Menurutnya sumbangan darah itu akan dapat memanfaatk­an banyak pesakit yang memerlukan­nya untuk menjalani rawatan.

“Pihak sekolah berharap agar suasana yang mesra pada hari itu dapat memberi semangat baharu kepada semua pelajar baharu mahupun pelajar semester 2 untuk meneruskan pembelajar­an di pusat ini,” katanya.

 ??  ?? Gambar atas PAMERAN akademik turut diadakan yang dikendalik­an oleh para pelajar semester 2.
Gambar atas PAMERAN akademik turut diadakan yang dikendalik­an oleh para pelajar semester 2.
 ??  ?? PENGETUA Hussien Abdul Manaf (kanan) bersama pensyarah.
PENGETUA Hussien Abdul Manaf (kanan) bersama pensyarah.
 ??  ?? Gambar kiri PROGRAM Derma Darah anjuran Unit Kesihatan sekolah.
Gambar kiri PROGRAM Derma Darah anjuran Unit Kesihatan sekolah.
 ??  ?? BAZAR makanan dikendalik­an oleh para pelajar.
BAZAR makanan dikendalik­an oleh para pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia