Utusan Borneo (Sabah)

Mengeratka­n hubungan Johor dan Sabah

20 delegasi KKAUTM UTM Sekudai lawat UMS

-

SERAMAI 20 delegasi Kesatuan Kakitangan Am Universiti Teknologi Malaysia (KKAUTM) UTM Sekudai, Johor berkunjung ke Kampus Universiti Malaysia Sabah, di Kota Kinabalu, Khamis lepas.

Mereka disambut oleh mantan presiden Kekaumas Amat Jutrah Pemangku Presiden Kekaumas dan Setiausaha Kekaumas Arnah Hj. Sainudin.

Delegasi yang diketuai oleh presiden kesatuan berkenaan Azmi Rais dan setiausaha mereka Syed Alwi. Rombongan dibawa melawat ke Pusat Eco Campus UMS, jeti dan akuarium Institut Penyelidik­an Marin Borneo sebelum membuat kunjungan hormat bersama Pendaftar Universiti Malaysia Sabah di Galeri Bangunan Canselori UMS.

Dalam ucapan alualuan di majlis berkenaan mantan Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah Amat Jutrah Hj.Musnih sangat mengalualu­kan kehadiran delegasi daripada KKAUTM dan mengucapka­n terima kasih kerana memilih UMS sebagai destinasi pertama lawatan mereka.

Katanya, bagi mereka yang buat pertama kali sampai di Sabah atau di UMS pastinya akan mendapat satu pengalaman baharu dan kenangan yang amat berguna untuk dibawa balik ke UTM Sekudai.

Katanya, perancanga­n delegasi daripada KKAUTM dibuat tiga bulan lebih awal untuk persiapan perjalanan ke Sabah.

Pihak Jabatan Pendaftar UMS telahpun memberikan kelulusan permohonan penggunaan bas kepada semua delegasi berkenaan namun atas permintaan pihak Kesatuan di UTM untuk tidak memerlukan perkhidmat­an bas maka pihak Kekaumas membatalka­nnya.

Katanya, pihak Kekaumas akan membuat lawatan balas ke UTM Sekudai Johor selepas Hari Raya Puasa tahun ini bersama ahli-ahli kesatuan yang meliputi lawatan ke Singapura, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain tempat yang berhampira­n.

Dalam ucapan balas, Azmi berkata kunjungan daripada delegasi mereka ke UMS sangat padat dengan beberapa aturcara yang disediakan.

Beliau mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada pihak Kekaumas dan UMS terutama kepada Tuan Pendaftar UMS kerana sudi menerima rombongan mereka ke UMS walaupun sesingkat.

Katanya, objektif utama selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara Johor dan Sabah, ianya juga dapat bertukar-tukar idea dan pendapat bersama pihak pengurusan UMS.

Beliau amat kagum dengan kepimpinan mantan Presiden Kekaumas Amat Jutrah Hj. Musnih kerana berjaya memimpin kesatuan berkenaan sejak 1998 dan berakhir pada Mac 2017.

Tambahnya, tujuan delegasi membuat lawatan ke UMS adalah sebagai mempererat­kan lagi hubungan silaturrah­im yang sediada di antara kedua Kesatuan di UMS dan UTM.

Sementara itu, dalam ucapan Timbalan Pendaftar Kanan Luqman Ridha Anuar yang mewakili Pendaftar UMS merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Presiden Kesatuan Kakitangan Am kerana berjaya membawa delegasi kesatuan daripada UTM untuk berkunjung ke UMS dan Sabah.

Salah seorang peserta yang mengikuti lawatan berkenaan, M Zulkafli Mhd Hanafiah selaku Pengerusi Pembantu Operasi UTM serta Mohd Maizushah Hj.Isam menyatakan amat tertarik dengan keindahan Gunung Kinabalu yang membiru serta keindahan di sekeliling pekan Kundasang dan Ranau yang menjadikan tarikan tercantik dan terindah bagi mereka.

Bagi Ramlah Hussin serta AJK Kesatuan dari KKAUTM berkata, beliau amat berterima kasih dengan layanan terbaik pihak Kekaumas dan UMS terutama kepada barisan kepimpinan Kekaumas yang amat prehatin dengan kehadiran mereka di UMS.

“Insyallah kami akan bawa kenangan yang indah ini balik ke UTM kelak,” katanya.

“Kekaumas akan membuat lawatan balas ke UTM Sekudai Johor selepas Hari Raya Puasa tahun ini bersama ahliahli kesatuan yang meliputi lawatan ke Singapura, Melaka, Kuala Lumpur dan lainlain tempat yang berhampira­n. AMAT JUTRAH HJ.MUSNIH Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah

 ??  ?? SEMUA peserta merakamkan keindahan pemandanga­n di Jeti IPMB, UMS.
SEMUA peserta merakamkan keindahan pemandanga­n di Jeti IPMB, UMS.
 ??  ?? PARA delegasi lawatan merakamkan gambar bersama Luqman (tujuh kiri) bersama Amat Jutrah (lima kanan), Azmi Rais dan S.Syed Alwi (tujuh dan lapan dari kanan).
PARA delegasi lawatan merakamkan gambar bersama Luqman (tujuh kiri) bersama Amat Jutrah (lima kanan), Azmi Rais dan S.Syed Alwi (tujuh dan lapan dari kanan).
 ??  ?? KENANGAN terindah bagi delegasi dari UTM ketika berada di Kundasang merakamkan gambar berlatarka­n Gunung Kinabalu.
KENANGAN terindah bagi delegasi dari UTM ketika berada di Kundasang merakamkan gambar berlatarka­n Gunung Kinabalu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN delegasi wanita dari KKAUTM.
SEBAHAGIAN delegasi wanita dari KKAUTM.
 ??  ?? LUQMAN
LUQMAN
 ??  ?? S.SYED ALWI
S.SYED ALWI
 ??  ?? AZMI
AZMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia