Utusan Borneo (Sabah)

Sabah duduki tempat kedua

Kategori gasing pangkah Festival Antarabang­sa Gasing dan Tamu (Gata) Sipitang

-

SIPITANG: Festival Antarabang­sa Gasing dan Tamu (Gata) Sipitang pada tahun ini hampir menjadi mimpi ngeri buat pasukan gasing Sabah.

Mujur pasukan Sabah mendudukit­empatkedua­bagi kategori gasing pangkah.

Pencapaian itu sekaligus mengubat kedukaan pasukan Sabah yang ternyata gagal memanfaatk­an peluang beraksi di gelanggang sendiri dan mendapat sokongan daripada penyokong sendiri.

Begitupun Sabah masih boleh berbangga kerana dapat menolak pasukan pilihan Malaysia untuk tempat ketiga kategori tersebut.

Pasukan Melaka muncul juara kategori itu untuk meraih RM5 ribu manakala Sabah pula meraih RM4 ribu dan pasukan pilihan Malaysia menerima RM2 ribu.

Brunei yang menduduki tempat keempat turut menerima RM2 ribu.

Tamparan hebat buat Sabah muncul bagi kategori gasing tradisi.

Pasukan negeri yang beraksi di gelanggang sendiri dan mendapat sokongan padu penyokong hanya berupaya menduduki tempat keempat.

Tiga tempat teratas kategori tersebut dikuasai pasukan dari Sarawak.

Juara dimenangi oleh pasukan Merapok A dan membawa pulang RM3 ribu.

Tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM2 ribu dimenangi oleh pasukan Lawas B dan pasukan Merapok B tempat ketiga dan memenangi RM1 ribu.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Hadir sama pada majlis tersebut termasukla­h Adun Sundumin Datuk Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Presidan Persatuan Gasing Sabah Jaini Puasa, Presiden Kehormat Persatuan Gasing Malaysia, Abdul Husin Katang; Pengerusi Persekutua­n Gasing Malaysia (Pegama), Kassim Isop dan Ketua Pemuda Umno Sabah merangkap Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa.

 ??  ?? SAPAWI diperhatik­an oleh Ahmad menyampaik­an hadiah kepada peserta kanak-kanak yang turut serta pada pertanding­an gasing tersebut.
SAPAWI diperhatik­an oleh Ahmad menyampaik­an hadiah kepada peserta kanak-kanak yang turut serta pada pertanding­an gasing tersebut.
 ??  ?? SAPAWI dan Ahmad merakamkan kenangan bersama pasukan gasing Melaka dan Sabah sejrus pelawanan akhir gasing tersebut.
SAPAWI dan Ahmad merakamkan kenangan bersama pasukan gasing Melaka dan Sabah sejrus pelawanan akhir gasing tersebut.
 ??  ?? SAPAWI sedang melakukan lontaran gasing ketika merasmikan pertanding­an gasing tersebut.
SAPAWI sedang melakukan lontaran gasing ketika merasmikan pertanding­an gasing tersebut.
 ??  ?? ZAHID diperhatik­an oleh Musa, Sapawi dan Jaini ketika melawat gelanggang gasing Sipitang.
ZAHID diperhatik­an oleh Musa, Sapawi dan Jaini ketika melawat gelanggang gasing Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia