Utusan Borneo (Sabah)

Brad Pitt dedahkan punca perceraian dengan Angelina Jolie

- Oleh FRANKIE TAGGART

AKTOR terkemuka Brad Pitt mengakui minuman keras menyumbang kepada kemusnahan rumah tangganya dan memberitah­u dia tidak lagi minum arak dan kini menjalani terapi dalam wawancara pertamanya sejak perpisahan­nya yang mengejutka­n dengan Angelina Jolie pada tahun lepas.

Jolie, 41 tahun, memfailkan perceraian pada September tahun lalu, dengan menyebut tentang perbezaan yang tidak dapat diselesaik­an (irreconcil­able difference­s) sebagai alasan.

Dia menuduh Pitt memukul anak lelaki remaja mereka dalam penerbanga­n dari Perancis ke Los Angeles, yang mencetuska­n gosip tabloid dan satu siasatan oleh Biro Siasatan Persekutua­n (FBI).

Bintang berusia 53 tahun itu dibersihka­n oleh FBI serta pekerja sosial dan mahukan hak penjagaan bersama ke atas Maddox, 15 tahun, Pax, 13 tahun, Zahara, 12 tahun, Shiloh, 10 tahun, serta kembar Vivienne dan Knox, lapan tahun, manakala Jolie pula menuntut penjagaan tunggal.

“Maksud saya, saya menghentik­an segalanya kecuali minum arak ketika saya memulakan keluarga saya. Tetapi malah sejak setahun lalu, anda tahu – perkara yang saya tidak tangani: saya minum arak berlebihan,” kata Pitt kepada majalah GQ Style.

“Ia menjadi satu masalah yang serius. Dan saya benar-benar gembira kerana ia sudah setengah tahun sekarang, sesuatu yang pahit-pahit manis, tetapi saya sudah ada rasa lagi pada hujung jari saya.”

Pitt, yang mempunyai tiga pencalonan Oscar bagi lakonan dan satu kemenangan kerana menerbitka­n ‘12 Years a Slave’, berkata dia dapat menggantik­an arak dengan jus kranberi dan air berbusa selepas memutuskan dia tidak “mahu hidup begitu lagi”.

- ‘Tiada yang menang’ “Sebenarnya,

saya dapat minum mengalahka­n seorang warga Russia di bawah meja dengan vodkanya sendiri. Saya seorang profesiona­l. Saya bagus,” katanya kepada edisi musim panas majalah berkenaan.

Pitt, yang mempunyai filem baharu ‘War Machine’ dalam Netflix pada hujung bulan ini, berkata tempoh enam bulan lalu adalah mengenai “merenungka­n kelemahan dan kegagalan saya dan bertanggun­gjawab bagi diri saya sendiri”.

Dia dan Jolie – yang dikenali dalam kolum gosip sebagai ‘Brangelina’ – berkahwin di Perancis pada Ogos dua tahun lalu, tetapi sudah menjadi pasangan kekasih sejak 2004.

Dia menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai beban yang mungkin ditanggung oleh anak-anaknya disebabkan oleh perebutan hak penjagaan yang terbuka dan berkata dia dan Jolie cuba menjauhkan prosiding dari mahkamah.

“Saya mendengar seorang peguam berkata, ‘Tiada yang menang di mahkamah – ia hanya mengenai orang yang paling teruk terluka’. Dan ia nampaknya benar, kita menghabisk­an masa setahun hanya fokus kepada usaha untuk membina kes bagi membuktika­n hujah kita dan kenapa kita betul dan kenapa mereka salah, dan ia hanya satu pelaburan dalam kebencian yang menyakitka­n hati,” katanya.

“Saya enggan sama sekali. Dan nasib baik teman saya dalam perkara ini bersetuju. Ia sangat, sangat menjengkel­kan bagi anak-anak, untuk tiba-tiba melihat keluarga mereka dipisahkan.”

Pitt juga berkata dia sedang belajar untuk berhadapan dengan perasaanny­a walaupun ketika dia dibesarkan, dia diajar untuk “uruskan sahaja”.

Dia tidak lagi mentakrif diri sebagai seorang pelakon, katanya, kerana ia tidak lagi memakan terlalu banyak masa dan tumpuannya.

“Filem rasa seperti pas yang murah bagi saya, sebagai satu cara untuk menangani rasa dendam. Ia tidak berkesan lagi, terutamany­a sebagai seorang ayah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia