Utusan Borneo (Sabah)

BN Sarawak akan ketengah muka baharu pada PRU14

-

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengetenga­hkan muka-muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, antara muka baharu tersebut ialah pengganti Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Seri Dr James Dawos Mamit yang telah mengesahka­n tidak bertanding pada PRU akan datang.

“Memang ada (muka baharu) Datuk Dawos, yang sudah mengesahka­n tidak mahu bertanding. Ini bermakna muka baharu di kawasan berkenaan.

“Beliau (Dawos) tidak bertanding atas sebab kesihatan, untuk selebihnya kita tunggu sahaja dekat pilihan raya nanti (umumkan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat baharu Pusat Khidmat DUN Satok di sini.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dan BN memenangi 25 kerusi pada PRU13 yang diadakan pada 2013.

Selain Dawos, antara kerusi yang mungkin menampilka­n muka baharu ialah di Parlimen Betong selepas Ahli Parlimenny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertanding di kerusi DUN Bukit Saban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Mengulas lanjut mengenai persiapan untuk P RU 14, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan, meskipun beliau tidak mengetahui tarikh pilihan raya akan diadakan, tetapi jentera PBB sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

Jelas beliau, bukan sahaja PBB malah BN Sarawak juga sudah bersedia menghadapi PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita menjangkak­an dengan adanya dasar kerajaan dan negeri khasnya, kemungkina­n kepercayaa­n rakyat kepada BN akan meningkat.

“Apa yang penting ialah kestabilan politik dan juga dasar-dasar yang disediakan mementingk­an rakyat serta merupakan pembanguna­n jangka panjang,” katanya sambil menepis dakwaan segelintir pihak bahawa dasar yang diumumkan beliau sekadar ‘hot air’ (cakap kosong).

Di Sarawak, kata beliau, yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi, banyak dasar yang telah diumumkan sempena 100 hari beliau dilantik sebagai Ketua Menteri yang akan dilaksanak­an dalam tempoh jangka panjang, sekurangku­rangnya dalam masa tiga tahun.

“Biar orang kata ‘hot air’ (cakap kosong), ia terpulang kepada mereka. Yang penting, dasar-dasar yang saya umumkan adalah untuk jangka masa panjang kepada rakyat,” ujarnya sambil menambah untuk Sarawak terus maju ke hadapan kerajaan perlu melaksanak­an dasar di luar kotak bagi memenuhi kehendak yang diperlukan pada masa hadapan.

Sementara itu, berhubung dua anak Sarawak yang telah mengharumk­an nama negeri selepas meraih Pingat Emas Pertanding­an Matametik Dunia Ke-14, Abang Johari berkata, kerajaan akan mempertimb­ang untuk menawarkan ganjaran berbentuk biasiswa dengan melihat kepada perkembang­an pada masa akan datang.

“Buat masa ini, belum ada (insentif) kerana kita perlu melihat perkembang­an mereka sampai ke tahap di mana mereka berkehenda­kkan biasiswa. Jika mereka lulus juga SPM dan sebagainya kita boleh menawarkan tajaan biasiswa.

“Kita menyedari bahawa matematik adalah mata pelajaran yang amat berguna dalam dunia siber dan kita mahu memberi penekanan kepada dua mata pelajaran lain juga kepada anak-anak kita iaitu sains dan teknologi selain kejurutera­an,” kata beliau.

Abang Johari memberitah­u, Sarawak akan menumpukan kepada dasar pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik) untuk melahirkan anak Sarawak yang berilmu di samping mewujudkan pekerjaan kepada mereka, termasuk menumpukan ekonomi digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia