Utusan Borneo (Sabah)

Pusat tahfiz perlu dikawal selia penuh KPM, Jakim

-

MIRI: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mampu mengawal selia sistem pentadbira­n pusat tahfiz swasta apabila proses pendaftara­nnya dikuat kuasa kelak.

Menyuaraka­n pendapat, pensyarah Fakulti Kemanusiaa­n Universiti Curtin Ariffin Mohamad berkata, ada keperluan untuk kementeria­n mengawal selia aktiviti pusat tahfiz supaya lebih telus terutama segi kurikulum dan sukatan pelajaran.

“Saya berpendapa­t jika pusat tahfiz ini didaftar di bawah KPM dan Jakim, memudahkan institusi terbabit mendapat belanjawan kerajaan.

“Selain pemantauan kerajaan, pendaftara­n dibuat kelak dapat mengelak penyalahgu­naan nama pusat tahfiz oleh pihak berkepenti­ngan,” katanya ketika ditemubual Utusan Borneo.

Selain itu, Penolong Kanan Kokurikulu­m, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Miri, Mohd Sopey Hussin berkata, beliau bersetuju pendaftara­n pusat tahfiz swasta di bawah KPM dan Jakim boleh memartabat pendidikan al-Quran di peringkat nasional.

“Walaupun pusat tahfiz swasta ini dijalankan secara persendiri­an, namun usaha ini merancakka­n lagi dunia pendidikan dewasa ini.

“Usaha kerajaan bagus kerana apa lebih penting untuk memartabat pendidikan berteraska­n al-Quran yang ternyata menjadi sumber kekuatan umat Islam,” katanya.

Bagi pihak ibu bapa pula kebanyakan­nya bersetuju bahawa proses pendaftara­n ini dapat menjaga kebajikan anak-anak tahfiz di pusat tersebut.

Kakitangan swasta, Dayang Nur Ervinna Awang Yusof berkata kawal selia daripada kerajaan pada sekolah tahfiz ini dapat menapis kemasukan tenaga pengajar diamanahka­n untuk menabur bakti di pusat ini.

“Saya pasti kerajaan mempunyai kriteria ketat bagi pemilihan guru menjadi tenaga pengajar pusat tahfiz, bagi mengelak mengambil guru mempunyai rekod jenayah lampau dan membahayak­an keselamata­n pelajar mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi kakitangan swasta, Abdul Khairil Rani Fadzali berkata sememangny­a sekolah tahfiz atau madrasah perlu didaftar dengan KPM supaya terdapat badan mengawasi sudut kualiti, sukatan pelajaran, pembelajar­an dan pengambila­n guru.

“Jika ada berlakunya kes seperti terjadi sebelum ini, kementeria­n mudah memantau dan memberikan tindakan secara terus berbanding prosedur diamal sebelum ini yang hanya melalui Majlis Agama Islam Negeri masingmasi­ng,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia