Utusan Borneo (Sabah)

Kekal warisan, budaya identiti kita

-

SARATOK: Warisan dan kebudayaan identiti serta imej masyarakat perlu dikekal dan disemai agar tidak luput ditelan zaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz berkata, masyarakat perlu berbangga memiliki warisan seni budaya unik dan beridentit­i sendiri tanpa mengagung-agungkan budaya luar.

Jelasnya, semua pihak wajar mempertaha­n keunikan ini kerana usaha dan misi menjulang pembanguna­n negara melalui ekopelanco­ngan mampu bergerak lancar sekali gus memberi impak positif kepada khusus masyarakat peringkat akar umbi.

“Masyarakat­harusmelih­atperkarab­erkenaan dalam konteks luas bukan mengehadka­n skop kecil sahaja. Pada masa sama juga, budaya kita merupakan identiti kita,” katanya.

Jelasnya, kita mahu semua pihak bangga dengan kebudayaan terdapat di negara ini dan berganding bahu mempertaha­n serta terus menjulang ke peringkat lebih tinggi agar dikenali pada mata dunia,” katanya.

Wahab berkata demikian pada Majlis Pertanding­an Pakaian Tradisi Pengantin Melayu yang berlangsun­g di sini, malam Rabu.

Pertanding­an itu dianjur Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Melango Lama Hulu Saratok.

Dalam pertanding­an itu, pasangan peserta mewakili KRT Kampung Melago Lama Hulu Saratok muncul sebagai juara.

Johan pertanding­an membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM350 beRserta piala.

Lima pasangan menggayaka­n busana pengantin tradisiona­l mengambil bahagian semasa berlangsun­g pertanding­an.

Menurut Wahab, masyarakat perlu terus mengekal budaya akan menjadikan masyarakat mengingati asal usul serta mengelakka­n masyarakat lupa diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia