Utusan Borneo (Sabah)

Prasarana industri kapal Rantau Panjang ditingkat

-

SIBU: Kerajaan negeri memperuntu­k RM10.5 juta meningkat infrastruk­tur kawasan industri perkapalan Rantau Panjang di sini.

Menteri Muda Pembanguna­n Industri (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi berkata projek berkenaan dijadual dilaksana menjelang akhir tahun ini dan siap dalam masa 12 bulan.

Katanya, projek tersebut melibatkan kerja memperbaik­i saliran dan bahu jalan di kawasan perindustr­ian seluas 310 ekar.

“Projek itu merupakan permohonan segera daripada Persatuan Limbungan Kapal Sibu dan diharap ia dapat menyelesai­kan masalah banjir kilat yang disebabkan oleh longkang tersumbat.

“Saya juga berharap ia (projek) dapat membantu mereka (persatuan) meningkatk­an perniagaan mereka pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terdahulu Julaihi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebuyau mengadakal­an lawatan ke kawasan Industri Perkapalan Rantau Panjang.

Sebanyak 18 limbungan kapal beroperasi di kawasan perindustr­ian tersebut sejak 10 tahun selain turut menyediaka­n kira-kira 5,000 peluang pekerjaan.

Julaihi berkata, di Sarawak industri pembinaan merupakan penyumbang kelima terbesar Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) selepas industri minyak dan gas, kelapa sawit dan kayu balak.

Pada tahun 2014, industri pembinaan kapal telah menyumbang GDP sebanyak RM2.8 bilion.

“Di Malaysia, lebih 80 peratus nilai pelaburan industri pembinaan kapal di Malaysia adalah dari Sarawak dan majoritiny­a berpusat di Sibu,” ujar beliau lagi.

Tambah Julaihi, kapal yang dibina di Sibu turut mendapat permintaan dari luar negara termasuk negara Timur Tengah dan Afrika dan lain-lain.

Jelasnya, Sarawak pada dasarnya memiliki kepakaran dan kemudahan dalam industri pembinaan kapal moden serta mampu bersaing dengan negaranega­ra lain yang berkecimpu­ng dalam industri berkenaan.

 ??  ?? JULAIHI (dua kanan) menyaksika­n sendiri bahagian kapal dihasil dengan teknologi terkini semasa melawat kawasan Industri Perkapalan Rantau Panjang.
JULAIHI (dua kanan) menyaksika­n sendiri bahagian kapal dihasil dengan teknologi terkini semasa melawat kawasan Industri Perkapalan Rantau Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia