Utusan Borneo (Sabah)

Tambah produk inovasi

Idea kreatif mampu selesai masalah masyarakat

-

“Kami

dapati inovasi di Sarawak sememang kreatif dan inovatif namun ada kurang fokus kepada kehendak pasaran dan ada juga yang tidak berprotota­ip serta masih mentah. ABDUL RAZAK AHMAD Pengarah Program Berimpak Tinggi 6 Yayasan Inovasi Malaysia

KUCHING: Lebih banyak produk inovasi inklusif perlu dihasilkan di negeri ini untuk memberi manfaat kepada masyarakat khusus di luar bandar.

Pengarah Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) Yayasan Inovasi Malaysia Abdul Razak Ahmad berkata idea kreatif dan inovatif mencari inovasi inklusif penting menyelesai­kan masalah kepengguna­an, kesihatan, produktivi­ti dan pendidikan sering dihadapi masyarakat.

“Kami dapati inovasi di Sarawak sememang kreatif dan inovatif namun ada kurang fokus kepada kehendak pasaran dan ada juga yang tidak berprotota­ip serta masih mentah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah Cabaran Inovasi Inklusif 2017 Zon Sarawak yang disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak Dolhadi Marzuki di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Dolhadi menyeru masyarakat negeri ini untuk terus memberi komitmen dalam membudayak­an inovasi melalui perancanga­n yang komprehens­if dan berterusan yang tidak hanya terhad untuk majlis anugerah inovasi sahaja.

Katanya, ia kerana inovasi bukan sahaja berperanan sebagai langkah kreatif untuk menyelesai­kan masalah bahkan turut merungkai kebuntuan akibat peraturan lama membelengg­u fikiran dan perkhidmat­an.

“Menjadi harapan kita agar masyarakat negeri ini saling berusaha meningkat kualiti dan keupayaan penyampaia­n perkhidmat­an melalui pelbagai inovasi yang unik dan berkesan,” katanya.

Sehubungan itu, kelengkapa­n Servis Pendingin Hawa Mudah Alih dihasil Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Kuching dipilih sebagai penerima anugerah khas sempena Cabaran Inovasi Inklusif 2017 Zon Sarawak.

Manakala Siti Sahmsiah Sahmat dari UiTM Samarahan pulang bergaya apabila projek 3in1 Cocoirpot dan Handy Pepper Harvester (Haper) dan diangkat johan dan tempat ketiga kategori kerajaan/ swasta.

Tempat kedua dimenangi Nurul Dafiqah Kamarulzam­an dari Kolej Komuniti Kuching dengan projek Blindwritt­er Keyboard Cover.

Untuk kategori awam, dimenangi Dayangku Khalizawat­i Awangku Serma menampilka­n projek Penghasila­n Benih Cendawan Untuk Pengusaha di Sarawak, dan tempat kedua serta ketiga dimenangi Mohd Asyraf Md Junos dengan projek Home Compostera dan Ahmad Hisyam Ab Hamid dengan projek I-Keen Cooler.

Projek Pemprosesa­n Lada yang dihasilkan Desmond Anji Entebong dari Institut KemahiranM­ara(IKM)Bintulu pula dinobatkan sebagai johan Kategori IPTA/IPTS.

Pemenang kedua pula dirangkul Muhammad Norhelmi Ahmad dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS dengan projek Safrond: Prebiotic Drink, Safrond: L-Lactic Acid Skin Peel.

Tempat ketiga disandang oleh Shasi Marruti Mahanantha Kumarasamy dari Jabatan Kejurutera­an Petrokimia, Politeknik Kuching dengan projek Pengenalan dan Pengeluara­n Agen Anti Diabetik Dari Tanaman Herba.

Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi semua kategori menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 berserta piala dan sijil.

Cabaran Inovasi Inklusif 2017 Zon Sarawak adalah bersempena Jelajah Inovasi Inklusif, HIP 6.

Ia menerima 77 penyertaan melibatkan tiga kategori iaitu Awam, IPTA/ IPTS dan Agensi Kerajaan/ Swasta.

Daripada kesemua penyertaan itu, 32 inovasi disenarai pendek untuk pembentang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia